fbpx

Diablo Kini Berusia 20 Tahun – Video Khas Dari Pihak Krew Studio

Secara tepatnya, Diablo mula dipasarkan pada 31hb Disember 1996, maka semalam adalah tarikh penanda 20 tahun permainan Diablo didalam pasaran dan masih lagi relevan sehingga sekarang.

Bersempena dengan sambutan 20 tahun ini, Blizzard memuatnaik video khas dari pihak krew studio disebalik pembikinan permainan Diablo dibawah:

Menurut dari video diatas, banyak info diberikan seperti pengalaman mereka semasa membina permainan video ini. Menariknya, Diablo secara asal adalah sebuah permainan turn-RPG dengan konsep grafik claymotion, sebuah teknologi CGI yang merupai tanah liat.

Sudah semesti Diablo adalah sebuah permainan yang amat klasik dengan memori kepada pemain sekalian.

Diablo adalah sebuah permainan RPG untuk platform PC yang telah mencapai jualan sebanyak 28.4 juta diseluruh dunia. Siri ini masih lagi diteruskan melalui Diablo III yang dilancarkan pada tahun 2012 dengan expansion Diablo III: Reaper Of Souls pada 2014 untuk platform PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -