fbpx

Dota 2: Fnatic Mara Ke The International 2016, Selaku Tempat Kedua Dari Kelayakan SEA

Fnatic, sebuah pasukan eSukan untuk kategori Dota 2 dari Malaysia akhirnya mampu mara selaku tempat kedua dari pusingan kelayakan Asia Tenggara (SEA) untuk melayakkan diri mereka ke acara The International 2016 di Seattle, USA Ogos ini.

Fnatic-VS-Execration
Sumber: LiquiPedia

Dengan menewaskan WarriorsGaming.Unity dan Execration dari pusingan kalah mati untuk merebut tempat kedua, Fnatic memenangi 2-0 dengan WarriorsGaming.Unity dan 3-1 dengan Execration, sebuah pasukan dari Filipina.

Namun wakil pasukan lain dari Malaysia tidak mampu menempuh tempat didalam pusingan kelayakan SEA ini seperti Orange.Taring dan WarriorsGaming.Unity.

TnC Gaming telahpun memenangi tempat pertama dari kelayakan selepas prestasi hebat mereka dengan statistik kemenangan besar, diikuti pasukan Fnatic sebagai tempat kedua. Namun, Execration mendapat tempat ketiga dan perlu memasuki satu lagi pusingan “wild card” untuk melawan dengan pasukan-pasukan dari rantau lain.

The International adalah salah satu acara perlawanan Dota 2 terbesar didunia dengan jumlah wang kemenangan yang besar sehingga lebih dari 10 juta US Dollar. Ianya akan diadakan di Seattle, USA pada 3hb Ogos sehingga 13 Ogos ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -