fbpx

Dua Model PS4 Baharu Tertiris

Sony berkemungkinan akan mengumumkan dua unit PS4 baharu yang dimana mempunyai storan sebanyak 1TB.

Butiran ini ditiris oleh DualShockers, melalui dokumen rasmi US FCC (Federal Communications Commission).

Dua model yang bernombor siri CUH-1215A dan CUH-1215B dimana ianya diperkatakan adalah variasi yang sama. Hanya kapasati storan yang lain dari 500GB hingga 1TB.

Berdasarkan anggapan IGN, dua unit baharu ini berkemungkinan tidak akan mempunyai reka bentuk serba baharu seperti PS3 Slim kepada PS3 Super Slim, ianya mungkin hanya komponen dalaman yang lain seperti unit kuasa yang lebih rendah kepada 230Watts berbanding 250Watts untuk model sekarang.

Dengan acara E3 makin dekat, banyak ramalan mengatakan bahawa dua unit ini akan diumumkan dalam masa terdekat.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -