fbpx

eMasterVin Akan Mewakili Malaysia ke The Intercontinentals 2017

Fantasy Cup Road to Thailand (pusingan kelayakan) bagi pencarian pemain untuk mewakili Malaysia dalam FIFA Online 3 ke The Intercontinentals 2017 yang akan diadakan di Thailand pada 29 Mac sehingga 3 April ini baru sahaja tamat sebentar tadi.

Pusingan kelayakan ini terbahagi kepada tiga peringkat. Pada peringkat terakhir yang diadakan seramai lapan orang pemain terbaik seluruh Malaysia telah berentap bagi memilih seorang sahaja yang akan mewakili negara ke Thailand.

Antara pemain-pemain yang terlibat adalah JohnMalaya, eMasterVin, RippedJeannn, P3rlisTeAmJr, KucaiJr, Favlain, NiamaGa1 dan KaiZokuuu. Dalam peringkat akhir ini, mereka telah bermain dengan format ‘double elimination’ dan ‘best of three’ bagi setiap perlawanan. Lihat ‘bracket’ penuh di sini.

Daripada awal permulaan peringkat ketiga kelayakan ini, kelihatan eMasterVin memang agak sukar ditewaskan apabila memenangi semua perlawanan tanpa tewas sehingga ke perlawanan terakhir bertemu RippedJeannn.

Dalam perlawanan akhir di antara eMasterVin dan RippedJeannn boleh dikatakan seimbang di mana kedua-dua pemain mempamerkan rentak permainan yang menarik dan sering berbalas serangan. RippedJeannn terlebih dahulu memberi tekanan kepada eMasterVin apabila mendahuli set pertama dengan kemenangan 1-0.

Walaubagaimanapun, eMasterVin tidak mudah berputus asa apabila memenangi dua set berikutnya dengan jaringan yang sama iaitu 1-0 dan 1-0 untuk melayakan beliau mewakili Malaysia ke The Intercontinentals 2017 yang akan diadakan di Thailand tidak lama lagi. Layari YouTube EA SPORTS FIFA Online 3 untuk menonton siaran ulangan.

emastervin
eMasterVin atau nama sebenar Vin Chew dalam aksi pusingan kelayakan sebentar tadi.

Bertanyakan apakah perasaan eMasterVin dapat mewakili Malaysia sekali lagi, beliau menjawab “Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab saya, eMaster Sport Club, penyokong dan rakan sepasukan daripada RBE yang tidak henti-henti menyokong saya dan memberi beberapa cadangan kepada saya untuk pusingan kelayakan hari ini.”

“Saya rasa amat teruja dan lapar selepas pengadil meniupkan wisel penamat dalam perlawanan terakhir, kata-kata yang tidak dapat diluahkan betapa gembiranya saya akan mewakili Malaysia sekali lagi untuk menghadiri The Intercontinentals 2017 yang akan diadakan di Thailand nanti. Akhir kata, terima kasih sekali lagi yang datang ke FTZ Internet Cafe untuk memberi sokongan kepada saya.”

Tahniah kami ucapkan kepada eMasterVin dan agar beliau dapat menempa sebuah lagi sejarah dalam FIFA Online 3 amnya dan industri e-sukan di Malaysia khususnya. Semoga berjaya di The Intercontinentals 2017 nanti!


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -