fbpx

FIFA Merombak Struktur Esukan Mereka – Kini Dikenali FIFA eWorld Cup

FIFA dan EA Sports dengan permainan tahunan FIFA mereka telahpun mendapat nama didalam industri esukan, namun pada tahun ini, ianya akan dirombak dengan nama yang baharu. FIFA Interactive World Cup kini akan dikenali sebagai FIFA eWorld Cup, dan ianya masih mengekalkan kejohanan terbesar mereka pada setiap tahun.

Untuk mendapat kelayakan di eWorld Cup ini, mereka akan menyediakan lebih banyak kejohanan untuk diambil bahagian. Manakala, FIFA Ultimate Team (FUT) Champions Cups adalah jalan masuk pertama bagi kebanyakan pemain. FIFA eClub World Cup adalah sebuah kejohanan yang hanya boleh diwakili oleh pemain dibawah kontrak bersama FIFA. Official League Partners Qualifications pula membolehkan pemain “berpeluang untuk mewakili pasukan kegemaran mereka melalui pertandingan rasmi yang akan dibuat tidak lama lagi”.  Dan yang terakhi adalah Licensed Qualifying Compeitions dimana pemain boleh menyertai kejohanan rasmi melalui parti ketiga dibawah lesen FIFA.

16 pemain dari PS4 dan Xbox One akan menyertai melalui pelbagai kejohanan seperti diatas untuk pusingan akhir eWorld Cup pada Ogos 2018 kelak.

Kepelbagaian dan pilihan untuk pusingan kelayakan ini menunjukkan betapa besar inisiatif diberi oleh EA dan FIFA terhadap industri esukan ini. Malah, banyak pasukan bola sepak utama telahpun punyai pemain khas untuk esukan dan mereka akan menyertai acara ini juga.

Pusingan kelayakan berkemungkinan bermula pada 3hb November tahun ini, dan maklumat lanjut akan diumum dalam masa terdekat.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -