fbpx

Final Fantasy VII Remake – Reviu

Satu Kejayaan Untuk Perjalanan Yang Lebih Panjang Untuk Square Enix

Unit reviu ini diberi oleh Playstation Asia,
Perhatian: Reviu ini mungkin mengandungi spoilers


Masih ingat pada tahun 2005, dimana Square Enix memaparkan demo teknologi kualiti grafik Final Fantasy VII untuk “konsol generasi kini” pada tahun iaitu PS3? Juga, masih ingat pada tahun 2015 dimana Final Fantasy VII Remake diumum pada pentas Sony? Alangkah masa berlalui dengan cepat sekali.

Seperti kita semua sedia tahu, banyaknya peminat permainan JRPG dari tahun 1997 ini. Boleh dikatakan salah satu permainan yang membawa pengaruh untuk genre permainan ini didalam arus perdana. Maka untuk remake permainan lagenda ini, semestinya salah satu keputusan yang akan mengambil banyak faktor. Menariknya, Square Enix membuat pendekatan dengan perbaharui semula permainan ini untuk piawaian teknologi kini, dan mengambil sebahagian daripada tajuk asal dan melancarkan sebagai satu permainan itu tersendiri.

Ia mungkin hanya satu bahagian dari bahagian keseluhurannya yang besar, namun Final Fantasy VII Remake ternyata berjaya mencapai kualiti yang dinantikan untuk JRPG klasik ini.

Penyampaian

Final Fantasy VII Remake adalah sebuah permainan yang cantik, seperti tiada perkataan yang boleh terangkannya. Kita semua pernah melihat permainan asalnya dengan kualiti yang rendah, sepertimana karakter didalam 3D poligon sebelum ini. Namun reka bentuk remake ini ternyata membawa nafas baharu, ya, ianya masih mengekalkan elemen dari permainan asalnya, akan tetapi pihak pembangun memberi sedikit penambahan. Sebagai contoh, rekabentuk biceps dengan bolt yang terletak di bahu Cloud.

Dan juga mata beliau

Kami ternyata tidak faham dengan skala dan susun atur bandar Midgar ini. Sebuah bandar yang moden terletak di udara, manakala kawasan orang-orang miskin terletah dibawahnya. Ternyata sesuatu dari permainan asal tidak mampu menyampaikan konsep suasana tersebut tanpa teknologi 3D masa kini.

Pendekatan Square Enix dengan menggunakan Unreal Engine 4 daripada enjin mereka tersendiri ternyata membawa kualiti grafik yang cantik. Apa yang kami tidak sangka adalah butiran yang teliti seperti betapa banyaknya objek fizikal yang memberi reaksi didalam permainan ini.

Namun, ternyata ianya juga dihantui oleh kelemahan dari enjin tersebut. Yup, mungkin anda semua serba tahu, kelemahan dimana tekstur tidak terlihat dengan betul dan mengambil masa untuk dimukakan. Malah, kerap sekali anda akan alami tekstur yang tidak akan keluar langsung.

Bila kita bercakap mengenai soundtrack dari permainan ini, ternyata, ia adalah salah satu elemen yang terbaik dari remake ini. Lagu-lagu klasik oleh Nobuo Uematsu juga dibawa kembali dengan beberapa penambahbaikan, untuk mencapai kehendak masa kini, dan ianya disampai dengan baik sekali.

- Iklan -

Lagu-lagu yang dibawa agak banyak dan tidak terkira kerana setiap kali perlawanan bermula, trek lagu kedengaran berbeza dan unik.

Pengalaman Permainan

Untuk sesiapa yang baharu kedalam francais ini, Final Fantasy VII membawakan pengembaraan Cloud Strife, seorang bekas tentera yang kini menjadi ejen upahan. Beliau mendapat satu tugas dimana beliau membantu kumpulan eco-terrorist untuk menggempur sebuah syarikat elektrik, sekaligus mendedahkan rahsia dan pengembaraan bandar Midgar.

Pertempuran Bermula

Final Fantasy VII Remake adalah sebuah permainan dibawah genre action-RPG yang juga membawakan pengalaman bermain turn-based dengan menggunakan sistem ATB (Active Time Battle). Ini bermaksud, jikalau pemain ingin menggunakan skill, magic atau gunakan items, pemain perlu menunggu bar ATB penuh, manakala serangan biasa boleh dibuat beberapa kali tanpa sekatan. Cloud juga boleh menukarkan teknik serangan beliau secara ringan atau serangan berat, berbeza dengan Barret, dimana pistol-lengan beliau perlu dicaj terlebih dahulu sebelum menembak.

Ianya mungkin agak menyusahkan pada permulaan. Kadangkala terasa terhad dimana pemain perlu menunggu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Tetapi, berilah peluang, anda akan mula merasai alirannya setelah lebih lama anda didalam permainan ini.

Untuk serangan biasa pula, ianya diterima dengan baik. Cuma “button mashing” bukanlah satu solusi yang baik, dan mengelak juga agak terhad dengan kawasan perlawanan yang kecil, maka disini tercabarnya kemahiran pemain. Perlawanan bersama boss ternyata sukar, pemain perlu memahami gerak-geri musuh tersebut, salah langkah akan mendapat serangan yang teruk darinya.

Lagi satu isu yang ingin diperkatakan adalah kamera. Ianya sentiasa menyampaikan sudut yang tidak betul, khususnya pabila pemain “lock” pada musuh dan sudut kamera menjadi kelam kabut.

Secara keseluruhan, sistem perlawanan ini tidaklah seburuk yang disangka. Gabungan antara sistem lama dan baru ternyata sebuah sistem yang baik.

Perlukan Lebih Banyak Materia

Final Fantasy VII Remake mengekalkan sistem materia mereka dari versi asalnya. Untuk terangkan sistem ini didalam dunia moden, ianya adalah sebuah sistem menu pemuatan mengikut dari kebolehan, magik mahupun kuasa karakter. Ini membolehkan pemain memasukkan materia kedalam senjata atau perisai pemain. Dengan materia, karakter boleh dinaikkan ke tahap baharu, mendapat kebolehan baharu, magik dan juga kuasa yang lebih baik.

Apa yang menarik adalah sistem senjatanya yang serba baharu didalam versi remake. Setiap senjata akan ada kebolehan tersendiri, dan boleh ditetapkan secara kekal setelah diguna dalam masa tertentu. Ya, sistem ini menyerupai FF IX. Walaubagaimanapun, pemain boleh mempunyai pilihan untuk menukarkan statistik rakan parti pemain mengikut dari senjata yang dipakai.

Sama seperti materia, senjata juga mempunyai titik matanya tersendiri untuk kenaikan tahap yang membolehkan pemain untuk mempunyai pilihan untuk menambahbaik senjata tersebut. Pedang ikonik Cloud, Buster Sword sentiasa menjadi senjata pilihan beliau dari mula hingga akhir sama seperti rakan parti dengan senjata mereka tersendiri.

- Iklan -

Kandungan

Salah satu pendapat skeptikal kami terhadap Final Fantasy VII Remake ini adalah hanya mengambil bahagian Midgar dari versi asal agak tidak berbaloi untuk harga permainan penuh, RM243. Kami ingin melaporkan berita gembira bahawa pendapat kami ternyata salah sekali. Permainan ini semestinya mampu membawa pengalaman seakan permainan video tersendiri.

Mengikut pengalaman permainan dari versi asal, bahagian pertama dan kedua pelarian dari letupan reaktor Mako hanyalah dibawah lima jam. Namun durasi tersebut moleh mencapai 10 jam didalam remake. Dan ianya akan mengambil lebih kurang 40 jam dengan menghabiskan misi siampingan dan kandungan pilihan.

Malah, beberapa kandungan tersendiri disedia didalam versi rema, seperti episod yang memfokuskan kepada karakter sampiangan.

Maka ianya menimbulkan persoalan mengenai definisi remake itu sendiri. Dimana ianya mampu mempersembahkan persamaan dengan versi original, sekaligus kami merasai ketulenan elemen FF VII dengan penuh teliti. Dan ianya menakjubkan dengan hanya bahagian Midgar mempunyai pembukaan yang bagus.

Tahap Kepuasan

Ternyata remake ini menawan hati kami. Khususnya bagaimana remake ini dibuat dengan baik sekali. Sistem perlawanan juga amat memuaskan, dan pelbagai kandungan diberi dari mula hingga tamat.

Pacing permainan ini amatlah sempurna, membuatkan pemain kekal bermain sehingga berjam lamanya untuk setiap sesi. Dan semestinya jumlah usaha, masa dan wang tunai yang diletakkan menghasilkan Midgar yang cantik dan memuaskan hati.

- Iklan -

Untuk topik tentang kekurangan, kawalan karakter mungkin salah satu aspek. Kawalan semasa menunggang motor juga agak pelik khususnya semasa kami cuba untuk brek dan ianya tidak efektif.

Namun ianya adalah isu yang kecil untuk dibandingkan dengan jumlah besar kualiti yang baik diberi.

Untuk sesiapa yang baharu didalam siri ini, Final Fantasy VII Remake ternyata membawa tarikan dan menjadi sebuah permainan yang baik untuk siri dan akan datang.

Rangkuman

Final Fantasy VII Remake adalah sebuah projek bercita-cita tinggi, dan sebuah langkah yang besar sebagai permulaan dari banyak episod yang akan datang.

Ianya ternyata mampu membawa intipati yang diambil dari sebahagian (10 jam) dari permainan asal, dan diolah semula dengan penuh kemahiran sebagai permainan video tersendiri.

Square Enix ternyata mampu memberikan kejutan dengan baik untuk remake ini, namun perjalanan mereka masih jauh lagi.

9.1

Final Fantasy VII Remake

Final Fantasy VII Remake adalah sebuah projek bercita-cita tinggi, dan sebuah langkah yang besar sebagai permulaan dari banyak episod yang akan datang.

Ianya ternyata mampu membawa intipati yang diambil dari sebahagian (10 jam) dari permainan asal, dan diolah semula dengan penuh kemahiran sebagai permainan video tersendiri.

Square Enix ternyata mampu memberikan kejutan dengan baik untuk remake ini, namun perjalanan mereka masih jauh lagi.

  • Penyampaian 9.5
  • Pengalaman Permainan 9
  • Kadnungan 8
  • Tahap Kepuasan 10

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen