fbpx

Game Perlumbaan Motorsikal Kembali, RIDE 2 Akan Hadir Hujung Tahun Ini

Studio pembina RIDE 2, Milestone mengumumkan dengan mengeluarkan video baharu untuk game perlumbaan motorsikal mereka di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC, hujung tahun ini.

RIDE, adalah sebuah game jenis perlumbaan motorsikal simulator yang telahpun berada dipasaran semenjak tahun lepas dengan markah reviu yang agak tidak memberangsangkan. Maka Milestone kali ini menyatakan bahawa RIDE 2 adalah sebagai “game motorsikal yang paling lengkap” dengan lebih dari 200 jenis motorsikal, 30 litar, pelbagai mod game baharu, pengubahsuaian motorsikal dan banyak lagi seperti dibawah:

  • Lebih dari 200 jenis motorsikal dengan 15 perbezaan kategori.
  • 30 litar lumba yang terkenal di seluruh dunia dengan 7 kategori.
  • Pengubahsuaian yang lebih besar dengan 1,200 barang yang boleh menukarkan prestasi motor.
  • Juga, jenis mod game seperti multi-player dan penambahbaikan AI.

Maka, adakah anda semua sedia dengan RIDE 2?

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -