fbpx

GameStart 2015 Singapura – Hari Pertama

DSC09464 (Custom)

Hari ini (13 November 2015) GameStart Asia 2015 melabuhkan tirai untuk tahun kedua kali ini. Diperkatakan dua kali lebih besar dari sebelumnya, sudah semestinya banyak penantian diberikan kepada pengunjung untuk acara ini.

GameStart 2015 (1) (Custom)

Acara dirasmikan dengan ucapan permulaan oleh Elicia Lee, Pengarah GameStart Asia menyatakan bahawa keluasan pameran GameStart kali ini dikembangkan dua kali ganda berbanding dari tahun lepas, maka banyak syarikat dan studio game akan mempamerkan senarai game terkini mereka.

GameStart 2015 (2) (Custom)

Gold Partner dari GameStart tahun lepas juga turut serta sekali lagi tahun ini seperti PlayStation dan Bandai Namco Entertainment Asia.

GameStart 2015 (3) (Custom)

Seterusnya, acara diberikan kepada Oda Hiroyuki, selaku Timbalan Presiden Sony Computer Entertainment Japan Asia untuk memberikan ucapan beliau.

GameStart 2015 (4) (Custom)

Beliau menyatakan bahawa jualan konsol PlayStation 4 meningkat secara drastik, khususnya pada pasaran Asia. Untuk meningkatkan lagi prestasi pemasaran PlayStation, Sony kini akan menyokong secara padu kepada acara-acara gaming seperti GameStart khusunya di Asia.

GameStart 2015 (5) (Custom)

- Iklan -

Acara seperti Thailand Gameshow dan E-Sports & Gaming Summit pada Oktober lepas. Booth pameran PlayStation juga lebih besar dan interaktif berbanding sebelumnya, demo game baharu seperti Gravity Rush Remastered, Need For Speed, Star Wars: Battlefront, Guitar Hero Live, Fallout 4, BloodBorne The Old Hunters dan juga demo dengan gajet baharu, PlayStation VR.

Demo seperti Street Fighter V juga disediakan. Maka, demo ini adalah kali pertama dilakukan di Asia.

GameStart 2015 (6) (Custom)

Maklumat lanjut seperti Gravity Rush Remastered dan Street Fighter V akan dibuat pada Sabtu dan Ahad.

Untuk ucapan terakhir, Rainel Tan, selaku Pengurus Besar Bandai Namco Entertainment Asia menyatakan bahawa demo Dark Souls III akan diberikan kepada umum didalam acara GameStart ini.

GameStart 2015 (7) (Custom)

Maka ianya adalah pertama sekali dibuat di Asia. Demo-demo lain juga diperlihat seperti Just Cause 3, Naruto dan juga Gundam yang pertama kali diterjemahkan didalam Bahasa English.

Pihak media dapat berpengalaman beberapa demo yang kami dapat cuba. Ingin tahun betapa hebat GameStart ini? Nantikan artikel penuh Isnin ini.

DSC09438 (Custom)

DSC09454 (Custom)

DSC09443 (Custom)

+ GamerMalaya adalah salah satu rakan media GameStart 2015 +

Anda pergi ke acara hebat ini pada hari esok? Rujuk jadual dan plan acara ini.

- Iklan -

GameStart 2015 – Event Hall WalkthroughOur mascot Alyse gives a walkthrough of the event hall so you gamers will know what to expect this weekend at #GameStart2015! Get your tickets online now: http://bit.ly/GS2015tix or buy the tickets at the event hall entrance.

Posted by GameStart Asia on Friday, November 13, 2015


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -