fbpx

Ghost Recon: Wildlands Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini

Inginkan permainan dunia terbuka dengan penerokaan yang besar, serta kebolehan bermain serentak dengan 4 pemain dalam masa yang sama untuk menumpaskan sindiket dadah?

Berita baik buat anda, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan memberi permainan Ghost Recon: Wildlands secara percuma pada hujung minggu ini buat semua yang ingin mencuba permainan ini sebelum membeli. Permainan ini diberi percuma dalam masa terhad dari 13hb Oktober nanti sehingga 15hb Oktober untuk semua platform antara PC, PS4 dan Xbox One. Untuk pemain PC, anda boleh muat-turun terlebih dahulu sebelum bermain pada tarikh yang ditetapkan.

Ubisoft juga memberi diskaun sebanyak 50% pada sesiapa yang ingin membeli permainan ini sehingga tarikh yang disebutkan diatas.

Maka, ini adalah peluang terbaik untuk anda semua untuk mencuba sekarang sebelum membuat keputusan untuk membeli!


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -