fbpx

Hideo Kojima Kini Kembali Dan Bekerjasama Dengan Sony

Selepas berita hangat antara Hideo Kojima dan Konami sebelum ini, kini beliau kembali ke arena pembikinan game dengan studio beliau sendiri. Menariknya, beliau berjaya mendapat kembali nama studio beliau yang lama, iaitu Kojima Productions.

Berikut adalah video tentang pengumuman daripada beliau dan juga bekerjasama bersama Sony:

Seperti yang kita tahu, isu antara beliau dan juga Konami adalah amat serius sehinggakan syarikat tersebut tidak benarkan beliau untuk menghadiri acara The Game Awards 2015 minggu lepas.

Setakat ini tiada pengumuman tentang game baharu yang akan dikeluarkan, namun sudah semestinya berita ini amat menarik buat peminat Kojima.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -