fbpx

HTC Vive – Harga dan Sistem Minima Diumumkan

Headset Vive dari HTC dan Valve

Mobile World Congress 2016 yang sedang berlangsung di Barcelona kini membawa berita menarik buat peminat realiti maya (VR). Harga dan keperluan minima sistem untuk memainkan aplikasi VR dengan HTC Vive telah pun diumumkan.

Vive, sebuah sistem VR hasil kerjasama HTC dan Valve, diumumkan akan dijual dengan harga USD 800 (RM 3355 pada masa artikel ditulis). Dalam pakej Vive juga akan disertakan set kepala  Vive, modul pengesanan laser Lighthouse dan 2 controller khas. 2 permainan akan disertakan sekali dalam pakej tersebut iaitu Job Simulator dan Fantastic Contraption

Jika anda berminat hendak menggunakan HTC Vive, berikut ialah keperluan minima sistem komputer yang anda perlukan:

  • Pemproses Intel Core i5 atau AMD FX 8350
  • Sekurang-kurangnya 4GB RAM
  • Kad grafik Nvidia GTX 970 atau AMD Radeon R9 290

Perlu diingatkan bahawa sistem di atas adalah keperluan minima. Untuk pengalaman yang lebih mantap, anda mungkin perlukan sistem yang lebih baik seperti Intel Core i7, 8GB RAM dan GTX 980/980Ti atau Radeon Fury. Hal ini kerana untuk kelancaran pengalaman VR, kadar ‘frame’ 90 fps ke atas dan resolusi tinggi untuk kedua-dua mata adalah sangat diperlukan. Pesaing Vive, Oculus Rift juga memerlukan keupayaan sistem yang sama untuk VR menggunakan teknologi mereka.

Majoriti pembaca mungkin merasakan kos permulaan VR adalah sangat tinggi, tetapi bagi penulis ini adalah satu permulaan yang berbaloi bagi perkembangan teknologi VR dalam kalangan pengguna umum. Dengan pertambahan masa, kos pembangunan perkakasan VR akan menurun dan penggunaaan VR secara meluas akan menjadi kenyataan sama seperti teknologi telefon pintar. Namun jika anda ingin merasai pengalaman VR kos rendah, Samsung dan Google ada menyediakan headset seperti Gear VR dan Cardboard untuk dipasangkan bersama telefon pintar anda untuk VR asas tanpa perlu berbelanja besar.

Nota penulis: Tak sabar tunggu Augmented Reality (AR) dan hologram masuk pasaran mainstream.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -