fbpx

Jumlah Pemain Battlefield 1 Mencecah Hampir 20 Juta, Hampir Sama Dengan FIFA 17

Mengikut dari laporan kewangan EA (Electronic Arts) untuk suku ke-empat pada 31hb Mac yang lalu, beberapa data menarik untuk dikongsi khususnya jumlah pemain yang dicapai dari beberapa permainan video mereka.

Permainan Battlefield 1 khususnya, kini telah mencapai hampir 20 juta pemain. Sebuah peningkatan yang drastik sehingga 50% dari permainan sebelumnya, Battlefield 4 didalam tempoh yang sama.

Manakala, FIFA 17 pula mencapai jumlah yang sedikit tinggi pada paras 21 juta pemain. Dari jumlah tersebut, 12 juta darinya bermain The Journey, sebuah “Story Mode” yang pertama kali diperkenalkan untuk permainan sukan FIFA ini.

Baca: The Journey, Adakah Ianya Menarik Minat Atau Disebaliknya?

Laporan tersebut juga menunjukkan laporan fiskal mereka mencapai jualan lebih dari USD$4.8 bilion, sebuah peningkatan dari rekod tahun sebelumnya pada paras USD$4.4 bilion.

EA juga menyatakan mereka kini memegang takhta sebagai penerbit permainan video nombor 1 untuk pasaran Amerika Syarikat didalam kategori platform PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Playstation Lifestyle


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -