fbpx

Lagi Satu Studio Dari Rantau Asia Tercalon Di IMGA Global

VNG Game Studios, sebuah studio pemaju permainan mudah alih yang terletak di Vietnam telah tercalon di acara IMGA (International Mobile Games Awards) Global yang ke ke-13 pada hujung bulan ini.

Studio ini dipilih dengan salah satu permainan terkenal mereka, Sky Garden: Farm in Paradise, yang juga permainan mudah alih pernah memenangi People’s Choice Awards di IMGA Asia Tenggara tahun lepas.

Pemenang akan dipilih melalui jumlah undian dibuat dari umum melalui laman rasmi IMGA.

VNG juga mengambil keputusan untuk memberi ganjaran didalam permainan mudah alih ini kepada sesiapa yang mengundi mereka.

Acara penghargaan ini akan diadakan pada 28hb Februari ini bertempat di San Francisco, Amerika Syarikat.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -