fbpx

Laporan Mencadangkan Microsoft Sedang Membina Mod Natif Untuk Xbox One

Mengikut dari tajuk artikel ianya boleh dikatakan sebagai ura-ura atau spekulasi, namun ianya mempunyai bukti yang kukuh. Laporan menyatakan bahawa Microsoft sedang mencari bakat khususnya untuk membawakan mod secara natifnya kepada Xbox Live. Windows Central juga melaporkan bahawa mereka menerima dokumen yang ternyata mereka sedang membina fungsi tersebut.

Walaupun mod selalunya hanya berkaitan denga permainan PC, namun fungsi tersebut sudah mula dilihat didalam platform konsol, seperti sistem yang dibawakan oleh Bethesda.

Namun kelainannya adalah Bethesda memerlukan mod untuk Fallout 4 dan Skyrim Special Edition dimuatnaik kedalam pelayan mereka sendiri sebelum boleh mula digunakan didalam konsol Xbox One dan PS4. Ini bermakna setiap penerbit perlu membina sokongan pelayan mereka sendiri sebelum fungsi mod tersebut boleh digunakan.

Maka apa yang Microsoft cuba untuk untuk buat adalah menyediakan sokongan mod ini secara natif didalam konsol mereka sendiri. Fungsi tersebut dipanggil Xbox Community Content, sebuah sistem yang membolehkan pemaju untuk memudahkan untuk membawakan mod didalam beberapa bahagian permainan mereka. Mod dari penukaran tekstur/skin mahupun penukaran antara sistem permainan itu sendiri, sebuah perkara yang diwar-warkan melalui halaman utama Xbox Store, sebuah fungsi yang sama seperti Steam Workshop.

Dokumen yang diperoleh oleh Windows Central adalah bertarikh awal tahun ini, dan akan mula dikeluarkan dalam masa terdekat. IGN cuba mendapatkan maklumat dari Microsoft, namun tiada komen diberi seperti yang dijangka.

Sumber: Windows Central melalui IGN


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -