fbpx

Liga Ultras FIFA Online 3

Liga Ultras merupakan sebuah kejohanan EA SPORTS FIFA Online 3 yang dianjurkan oleh pihak Garena Malaysia. Di dalam kejohanan ini, terdapat lapan buah kelab penyokong bolasepak liga-liga di Eropah telah dijemput.

Liga Ultras FIFA Online 3
Kelab penyokong yang bertanding adalah Buletin Manchester United, All Reds Malaysia [Liverpool], Arsenal Malaysia, Malaysia Spurs, SOLJABIRU [Chelsea], Manchester City Malaysia, FC Barcelona Malaysia dan Real Madrid Malaysia.

Objektif Liga Ultras FIFA Online 3 ini adalah untuk menyediakan sebuah platform untuk kelab penyokong yang berbeza berkomunikasi antara satu sama lain ke arah kebaikan, memberi peluang untuk mendapatkan rakan-rakan baru, mengukuhkan lagi sesebuah kelab penyokong bolasepak dan memberi sokongan serta mengembangkan lagi kelab penyokong itu sendiri di Malaysia.

Info Menarik Liga Ultras FIFA Online 3

  • Menggunakan format liga persis seperti liga-liga bolasepak yang dijalankan.
  • Liga Ultras akan berlansung selama tujuh minggu bermula minggu ini iaitu 1 Mac 2017 dan dijangka tamat pada 12 April 2017.
  • Satu perlawanan setiap hari Rabu bagi setiap pasukan yang bertanding akan berlansung.
  • Hadiah wang tunai disediakan bagi pemenang setiap perlawanan.
  • Setiap wakil kelab penyokong akan berkumpul di tempat pertandingan, iaitu ReadSea Cyber Cafe di Kuala Lumpur.
  • Perlawanan yang dihadapi oleh setiap pasukan kelab penyokong akan ditayangkan secara lansung di Facebook kelab penyokong masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Liga Ultras ini, boleh layari Facebook EA Sports FIFA Online 3 Malaysia.

Selain itu anda boleh ikuti Facebook kelab-kelab penyokong yang bertanding di bawah:


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -