fbpx

Minecraft Terjual Lebih Dari 20 Juta Untuk PC

Berdasarkan statisti pada laman web minecraft.net kini menyatakan bahawa mereka telah mencatat jualan lebih dari 20 juta unit untuk platform PC setakat ini.

Walaupun Notch, selaku pengasas Mojang dan pencipta Minecraft telah meninggalkan syarikat tersebut semenjak tahun lepas sebaik selepas Microsoft memperoleh Mojang dengan jumlah sebanyak USD$2.5 Bilion. Namun selepas pemergian beliau, jualan Minecraft masih lagi berada di kadar menakjubkan sehingga mencecah lebih dari 18.3 Juta jualan pada awal tahun 2015 hanya untuk platform PC.

Selepas demo yang agak menarik dengan teknologi HoloLens E3 lepas, kini Mojang mengumumkan beberapa berita terkini untuk Minecraft seperti DLC LittleBigPlanet akan datang khas untuk platform PlayStation dan juga kemaskini baharu untuk platform konsol.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -