fbpx

Nintendo Switch Mempunyai Sokongan Storan Kad SDXC Sehingga 2TB

Banyak pengguna tertanya tentang storan selepas pelancaran konsol hibrid Nintendo Switch yang hanya mempunyai storan dalaman sebanyak 32GB sahaja. Ini akan membimbangkan pengguna atas sebab saiz permainan video sekarang yang agak besar, sekaligus akan mengambil saiz storan tersebut dengan cepat.

Berita baik buat peminat semua, Nintendo akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa Switch mampu menyokong storan tambahan melalui kad SD sehingga 2TB melalui jenis SDXC. Walaubagaimanapun, untuk masa sekarang, storan paling tinggi untuk jenis SDXC didalam pasaran umum adalah sehingga 512GB sahaja.

[blockquote cite=”Nintendo”]“Nintendo Switch is compatible with the SDXC standard, which supports up to 2TB.”[/blockquote]

Namun, kad jenis ini tidaklah murah, di Malaysia, kad jenis SDXC untuk saiz 128GB dijual didalam anggaran RM170 – RM250 seunit. Maka kos untuk memiliki konsol Nintendo Switch dengan aksesori seperti storan tambahan ini berkemungkinan agak tinggi buat pembeli.

Nintendo Switch akan mula dipasarkan pada awal bulan Mac tahun ini dengan harga USD $299 (Anggaran RM1,399).


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -