fbpx

Pemain Ini Telah Mencapai 1,200 Trofi Platinum Didalam Akaun Beliau

Selaku pemain konsol PlayStation 4, kita semua tahu bahawa gelaran “trophy hunter” selalu diberi kepada pemain yang inginkan koleksi trofi dari permainan yang dimain. Namun untuk mencapai status Platinum bukanlah sesuatu yang mudah.

Hakam Karim, atau dikenali sebagai Hakoom kini mencapai jumlah trofi yang amat mengagumkan, iaitu 1,200 trofi didalam status Platinum.

Bermula dari tahun 2009, beliau bermula untuk memfokuskan terhadap pencapaian ini kepada semua permainan yang beliau main sehinggakan mendapat status Platinum.

Trofi yang terakhir beliau dapat adalah permainan Nioh.

Hakoom hanya bermain permainan didalam platform PlayStation sahaja, dan beliau tidak berminat untuk bermain platform konsol yang lain. Apa yang menyedihkan adalah perbezaan syarikat Sony dan Microsoft mengenai layanan mereka terhadap pemain.

Sebagai perbandingan, Stallion83 yang telah mencapai 1,500,000 mata didalam Xbox Live kini mendapat pelbagai pengiktirafan, malah sebagai duta tidak rasmi bagi Xbox sendiri.

Sadly, there is no recognition. […] In other words, Sony treated me like a wall.

Berikut adalah kelah yang disuara oleh Hakoom dari temu ramah bersama EuroGamer mengenai Sony yang tidak memberi apa-apa penghargaan kepada beliau.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah ini akan memberi motivasi kepada anda untuk mengumpul lebih banyak trofi pada masa akan datang?

Sumber: Eurogamer

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -