fbpx

Pemenang AGES 2016, Diperkatakan Masih Tidak Mendapat Hadiah Wang Tunai Dari Pihak Penganjur

AGES 2016, adalah sebuah acara eSukan yang terbesar pernah dibuat di rantau Asia Tenggara dengan rekod kumpulan wang tunai yang akan diberikan kepada pemenang sebanyak RM1,000,000 pada 27hb-29hb Mei yang lepas. Acara yang diperkatakan agak prestij ini memberikan hadiah yang lumayan kepada pemenang, sekaligus menggerakkan industri eSukan di rantau ini selangkah ke hadapan.

Namun disebalik kehebatan acara yang telah berlangsung 4 bulan yang lepas, kedengaran beberapa berita yang kurang menyenangkan, kebanyakan pemenang dari acara AGES 2016 diperkatakan masih lagi tidak mendapat wang tunai / habuan dari pihak penganjur sehingga sekarang.

Isu ini sebenarnya telahpun diutarakan semenjak bulan lepas lagi, dimana Esports Malaysia (esm) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengumpulkan senarai pemenang dan menghubungi pihak penganjur Platinum Eden Sdn Bhd atau agensinya Friends Worldwide secara rasmi pada 30hb Ogos 2016.

Tindakan yang diambil oleh Esports Malaysia menampakkan hasil pabila penganjur AGES 2016 mengemaskini halaman sosial Facebook mereka bahawa mereka akan mula membuat agihan pada 19hb September 2016 (sebagai tarikh anggaran) seperti status dibawah:

ages2

Namun setakat ini pada 20hb September, masih lagi tiada berita lanjut oleh pihak penganjur mengenai isu agihan wang tunai kepada pemenang AGES 2016.

ages1
Luahan Amirul Afandi, salah seorang pemenang dari acara AGES 2016

Mengikut dari paparan skrin diatas, Amirul Afandi atau dikenali sebagai Infinite_AmTuah meluahkan perasaan tidak hati beliau kepada pihak penganjur atas isu ini. Kami cuba menghubungi beliau dan mendapati bahawa hampir kesemua pemenang AGES 2016 mempunyai nasib yang sama dan menantikan sebarang jawapan dari Platinum Eden. Beliau juga menyatakan bahawa pihak penganjur juga tidak pernah menghubungi beliau selepas acara tamat sehingga sekarang.

Pihak Esports Malaysia sekali lagi mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial mereka bahawa mereka akan cuba menghubungi dan mengambil langkah seterusnya kepada pihak penganjur seperti dibawah:

ages3

Pihak media E-Sukan juga telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan senarai penuh pemenang AGES 2016 dengan jumlah wangnya disini.

- Iklan -

Kami cuba menghubungi kedua pihak Esports Malaysia dan AGES 2016 untuk isu ini. Sebarang maklumat terkini akan kami kongsikan melalui laman web kami, dan juga halaman sosial Facebook dan Twitter kami.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -