fbpx

PlayStation 4 Edisi Khas Final Fantasy XV Luna Kini Dibuka Untuk Tempahan – RM1,699

Sejurus selepas pengumuman PlayStation 4 Slim dan Pro, Sony sekali lagi mengumumkan satu lagi unit konsol yang akan dijual kepada semua, khususnya peminat siri Final Fantasy. PlayStation 4 Slim Edisi Khas Final Fantasy XV Luna diumumkan yang kini dibuka untuk tempahan pada harga RM1,699.

ps4-ffxv ff15_ps4_3 ff15_ps4_2

Mengikut dari gambar diatas, ianya mempunyai lakaran bulan pada bahagian atas konsol ini beserta logo Final Fantasy XV diukir dengan warna keemasan. Dibawah logo tersebut, mempunyai 4 nama karakter utama didalam siri game ini. Alat kawalan juga diberi sedikit sentuhan dengan lukiran “XV” pada bahagian sebelah kanan.

Sony telah membuka tempahan sekarang dan ianya akan hadir dipasaran pada 29hb November 2016. Berikut adalah kandungan yang anda dapat daripada tempahan yang dibuat:

  • 1 unit PlayStation 4 edisi khas Final Fantasy XV Luna versi slim.
  • 1 unit alat kawalan DualShock 4.
  • 1 unit Final Fantasy XV edisi standard
  • Dan kandungan lain seperti HDMI, earphone, kabel USB, kabel kuasa dan dokumen-dokumen.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -