fbpx

PokéDates / RazerGO, Sebuah Aplikasi Mencari Pasangan Untuk Pokemon GO

Selepas baru sahaja pelancaran Pokemon GO, permain augment realiti ini sekaligus menjadi salah satu game yang terkenal didunia. Maka pelbagai pihak / syarikat cuba untuk mengeluarkan beberapa produk mahupun perisian yang berkaitan dengan game Pokemon GO ini untuk mencari peluang meningkatkan pengguna mereka.

Pokedates-How-it-works

Kali ini, ianya agak berbeza, sebuah aplikasi bernama PokéDates, membolehkan anda mencari pasangan dengan mengisi beberapa maklumat dan menjawab beberapa soalan sebelum anda mendapat peluang untuk berjumpa dengan si dia. Namun ianya tidak kena-mengena dengan Pokemon GO, akan tetapi pihak studio pembina menggunakan peluang ini menyatakan bahawa pasangan boleh bermain Pokemon GO selepas “berjumpa”.

Aplikasi PokéDates ini telah mula dibina semenjak 2012 oleh Project Fixup. Aplikasi ini adalah percuma untuk percubaan pertama, namun bayaran akan dikenakan sebanyak USD $20 untuk cubaan kedua.

Razer juga ingin mencari peluang bersama demam Pokemon ini dengan melancarkan aplikasi bernama RazerGO, sebuah aplikasi permesejan dengan pemain Pokemon GO di sekililing anda. Ianya boleh ditetapkan didalam mod privasi ataupun secara umum dengan pemain-pemain yang lain. RazerGO akan mula dilancarkan pada 25hb Julai ini untuk Android dan iOS.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -