Semestinya ini adalah sebuah berita yang lebih memeranjatkan dari Ryan Renolds melakonkan watak Detective Pikachu.
Resort World Genting akan mengadakan Pokemon Festival, sebuah acara yang julungnya dibuat di Malaysia. Acara ini akan bermula pada 1hb Disember sehingga Tahun Baharu Cina pada tahun hadapan.
Setakat ini tiada maklumat lanjut diketahui, namun semestinya ia amat mengujakan ramai peminat dengan figura-figura dari 32 karakter Pokemon generasi pertama di sekitar Genting, pokok Krismas yang bertemakan Pokemon tertinggi di dunia dan juga perarakan Pikachu yang tidak pernah dibuat sebelum ini di Malaysia.
Malah, sebuah patung Pikachu setinggi 6 meter juga akan ditempatkan di Genting kelak.
Semestinya ini sebuah berita menarik buat peminat Nintendo, dan harapan kami supaya mereka mengadakan lebih banyak acara dan pendedahan kepada umum lebih banyak untuk menarik minat pelaburan industri permainan di Malaysia.
Artikel Asal: GamerMatters
Sumber: RWGenting