fbpx

Siaran eSukan 24 Jam Astro (eGG) Akan Mula Disiar Pada 7hb Jun Ini

Seperti kita tahu, Astro kali ini amat berminat untuk menyiarkan siaran dan laporan mengenai industri eSukan yang semakin berkembang khususnya di Malaysia. Maka mereka telahpun melancarkan siaran baharu mereka yang bernama eGG (Every Good Game) khas untuk eSukan yang disiarkan tanpa henti selama 24 jam. Mereka juga telah mencari bakat personaliti TV untuk siaran eGG mereka.

Siaran eSukan 24/7 yang pertama kali dibuat di Asia Tenggara ini akan disiar melalui resolusi HD secara percuma melalui siaran 808 di Astro yang bermula pada 7hb Jun ini.

“Hari ini, fenomena eSukan di seluruh dunia akan meningkat lebih kepada 256 juta peminat pada penghujung 2016. Asia kini memegang faktor yang terbesar dengan peningkatan 44% berbanding yang lain di seantero dunia. Kami melihat potensi ini amat besar, seperti Shanghai dan Manila pernah menjadi tuan rumah untuk acara DOTA 2 Major selaku salah satu wakil dari Asia yang pertama untuk acara sebegini.” Kata Lee Choong Khay, Ketua divisi Sports Business, Astro.

Maklumat lanjut mengenai siaran ini akan dipaparkan melalui laman web eGG.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -