fbpx

Syarikat CD Projekt Kini Lebih Bernilai Dari Ubisoft Di Eropah

Siapa sangka, syarikat yang dulunya kecil kini boleh menewaskan syarikat gergasi didalam industri permainan video? CD Projekt, sebuah syarikat disebalik pembikinan permainan The Witcher dan juga Cyberpunk 2077, telah mencapai satu rekod yang memberangsangkan baru-baru ini.

Nilai syarikat dari negara Poland ini telahpun mencapai USD $8.98 bilion, satu peningkatan besar jikalau dibandingkan nilainya pada 2019, iaitu lebih kurang USD $6.8 bilion. Dengan peningkatan tersebut, sekaligus menewaskan Ubisoft, iaitu pada kadar nilai USD $8.12 bilion buat masa ini.

Saham mereka yang melonjak tinggi semenjak tahun 2017.

Ini agak menarik, atas sebab syarikat yang boleh dikatakan bersaiz kecil dan baharu didalam industri, mampu mencapai jumlah yang amat memberangsangkan. Mereka juga pernah mengalahkan Capcom hanya selepas dua tahun dari pelancaran permainan terhebat mereka, The Witcher 3.

Walaupun pencapaian tersebut mungkin datang dari keyakinan pendapat terhadap Cyberpunk 2077 selepas kejayaannya dengan The Witcher 3, namun platform jualan atas talian GOG.com juga salah satu saluran yang membawakan sumbangan besar kepada CD Projekt. Selain dari, pelancaran siri drama bersiri The Witcher di Netflix mungkin juga memberi satu impak positif kepada nilai syarikat.

Sumber: Videogameschronicle.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -