fbpx

The Moon Dwellers Akan Datang ke Malaysia Pada 5hb Ogos

Selepas pengumuman oleh Bandai Namco tentang pengeluaran game Super Robot Wars OG The Moon Dwellers eksklusif didalam Bahasa Inggeris untuk pasaran Asia Tenggara (termasuk Malaysia) yang lepas kini telah mendapat tarikh pasaran kepada pemain semua.

Super Robot Wars adalah sebuah game jenis RPG simulasi dengan karakter robot dari pelbagai jenis siri anime yang pernah dilancarkan julungkali pada tahun 1991 untuk platform mudah alih Gameboy. Untuk menyambut ulang tahun 25 tahun mereka, Bandai Namco kini melancarkan siri yang terkini, iaitu The Moon Dwellers.

Mereka juga akan mengadakan acara sambutan ulang tahun ini di Tokyo, Jepun dengan pelbagai aktiviti seperti parti dan tetamu undangan dari artis suara latar belakang, penyanyi dan krew yang terlibat disebalik pembikinan game ini. Berikut adalah maklumat lanjut tentang acara tersebut:

Tarikh: 4hb Jun 2016

Masa: 4:30PM – 8:30PM (Waktu Jepun – JST)

Tempat: Maihama Amphitheatre

Pra-Beli Dan Menangi Tiket Ke Jepun

Bandai Namco Asia kini memberi peluang kepada peminat Super Robot War yang telah pra-beli The Moon Dwellers. Mereka akan memilih pemenang secara rawak untuk memenangi tiket pergi balik ke Jepun (3 hari, 2 malam) untuk acara ulang tahun yang dinyatakan diatas. Peluang hanya diberikan untuk sesiapa yang mengisi borang disini dengan transaksi pra-beli melalui pengedar sah seperti dibawah:

Malaysia

  • Gamer’s Hideout (MY)
  • MaxLink 4 Gamers (MY)

Negara Lain

- Iklan -

  • PlayE (SG)
  • Toys or Games (SG)
  • DataBlitz (PH)
  • iTech (PH)
  • Classic Game Shop (TH)
  • Game Shop Concept Store (TH)
  • GS Shop (ID)
  • PSe GameShop (ID)

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -