Menurut dari Xbox, mereka akan mengacarakan tayangan perdana video permainan yang akan hadir ke konsol generasi baharu mereka, Xbox Series X.
Ini bermakna, beberapa video seperti Assassin’s Creed Valhalla, Cyberpunk 2077 dan video-video dari syarikat penerbit parti ke-tiga (selain Microsoft) akan dipaparkan pada acara yang akan berlangsung Khamis ini.
Ya, hanya parti ketiga sahaja yang akan dipaparkan, ini bermakna tiada video baharu mengenai Halo Infinite akan dipaparkan, mengikut dari tweet oleh Eksekutif Pemasaran Xbox, Aaron Greenberg.
Mengikut dari beliau lagi, beberapa maklumat mengenai permainan dari Microsoft akan hadir pada minggu hadapan dan pengumuman penuh mungkin akan dibuat dalam masa yang terdekat.
Halo Infinite adalah sekuel kepada siri permainan terkenal, Halo. Video pertama yang dibawa kepada umum adalah pada acara E3 tahun lepas.
Tayangan video perdana akan mula ditayangkan pada Khamis ini, 7hb Mei jam 11 malam melalui Inside Xbox di laman web rasmi Xbox.
Sumber: Xbox (Twitter), melalui Gamespot.