fbpx

Tiket GameStart Singapura Mula Dijual

Mungkin ramai diantara kita teringin pergi ke acara-acara game seperti E3 di US, Gamescom di Eropah mahupun TGS di Jepun. Namun atas kos yang tinggi, ianya menyekat impian sesetengah peminat acara gaming ini. Namun alasan itu tidak boleh diguna pakai lagi, kerana negara jiran kita, Singapura akan mempunyai sebuah acara yang sama bernama GameStart 2015.

GameStart adalah sebuah acara gaming seakan E3, TGS atau Gamescom khususnya untuk pengunjung seluruh Asia Tengarra. Tahun ini adalah tahun kedua bagi pihak penganjur untuk program ini. Ianya adalah sebuah acara yang agak mengagumkan bagi statistik tahun lepas dengan kehadiran individu terkenal dari arena gaming seperti Ono Yoshinori (Street Fighter), Masaaki Yamagiwa (Bloodborne), Yosuke Futami (Sword Art Online) dan banyak lagi.

Acara ini akan diadakan pada 13hb – 15hb November 2015, bertempat di Suntec Convention Centre, Singapura.

Tiket kini boleh dibeli secara online bermula dari harga S$10 (RM45) sehingga S$58 (RM250).


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -