fbpx

Tips Membeli Monitor Untuk Gaming

Kadang-kadang sebelum membeli monitor baru, mesti korang rasa pening mana satu yang terbaik? Murah? Tahan lama? Semua persoalan akan melekat kepada kita semua sebelum membuat keputusan yang penting kerana dengan pembelian LCD / LED monitor bukanlah tugas yang mudah.

[divider]

Nota: TIPSMalaya adalah sebuah program dari GamerMalaya.my dimana artikel atau video yang lebih mendalam tentang tips untuk gamers di Malaysia.

Artikel ini adalah artikel pertama untuk program ini. Tips yang banyak akan diberikan dari masa ke semasa untuk gamers semua.

[divider]

Banyak faktor yang kita perlu kira sebelum membuat pembelian seperti:

  • Saiz monitor tersebut (dari 20″ kebawah hingga 27″ ke atas)
  • Resolusi skrin dari 720p HD, 1080p Full HD hingga resolusi 4K
  • Jenis monitor seperti LCD atau LED.
  • Jenis panel seperti TN atau IPS.
  • Kelebihan monitor itu sendiri seperti: HDMI, VGA, Displayport, Touchscreen dan banyak lagi.

Ok sebelum mula, artikel ini menyediakan tips untuk pembelian monitor namun keputusan untuk membeli adalah diatas tangungjawab pembaca itu sendiri

[section label=”#1 Saiz Monitor”]#1 Saiz Monitor
Monitor-Sizes

Banyak gamers konsol lebih minat TV berbanding Monitor dimana ianya lebih besar, murah dan pengunaan yang sesuai dengan konsep itu sendiri, “permainan di ruang-tamu”. Namun tidak semestinya tiada gamers konsol menggunakan monitor untuk pengalaman gaming mereka.

Saiz adalah amat penting sekali untuk gaming, namun bergantung pada jarak kedudukan anda dengan monitor tersebut kerana ianya amat penting dari segi sudut pandangan dan mata anda sendiri.

Saiz yang kebiasaan ada di pasaran adalah dari 24″ ke 29″.

[divider]

Hafiz Johar – IPS, kerana lebih suka melihat game yang lebih cantik dari segi teknologi warna dan sudut penglihatan (Penting untuk dual-screen setup)

[divider]

- Iklan -

[section label=”#2 Resolusi Skrin”]#2 Resolusi Skrin

HD-vs-4K

Resolusi amat penting dari segi kualiti grafik game yang anda main. Untuk konsol gamers, 1080 Full HD sudah memadai daripada skrin 4K. Ini adalah kerana konsol terkini (Playstation 4 dan Xbox One) tidak mampu untuk kualiti grafik Quad HD atau 4K.

UltraHD
UltraHD Atau 4K

Namun untuk PC, jikalau mesin anda mampu untuk kualiti 4K dengan tetapan High atau Ultra, kami amat syorkan agar membeli skrin 4K untuk pengalaman gaming yang amat memuaskan. Jikalau PC anda tidak mampu, kami syorkan membeli 1080 HD sahaja, walaupun anda mungkin akan menaik taraf spesifikasi PC anda pada masa akan datang, untuk dapatkan kualiti 4K ianya bukan sesuatu perbelanjaan yang murah.

 

Juga dalam masa yang sama, monitor skrin 4K masih lagi ada masalah dengan paparan 1080 HD semasa gaming seperti “Black Bar” atau “Screen Lag” buat masa ini.

[divider]

Hafiz Johar – 1080p Full HD, saya lebih gemar bermain game dengan konsol daripada PC kerana ramai rakan multiplayer didalam akaun PS4 saya.

[divider]

 

 

[section label=”#3 Jenis Monitor”]#3 Jenis Monitor

LCD-LED

Banyak persoalan dari gamers tentang LCD atau LED. Untuk pengetahuan, banyak monitor dipasaran adalah lebih kurang sama, mahupun LCD atau LED. Teknologi LCD adalah teknologi yang konvensional dimana ianya menggunakan teknologi CCFL (Cold Compact Florescent Light).

CCFL

LCD adalah teknologi yang konvensional dimana ianya menggunakan teknologi CCFL

- Iklan -

Teknologi adalah seperti lampu disebalik skrin LCD Monitor yang mengeluarkan cahaya untuk memaparkan gambar / video / warna kepada skrin LCD anda.

Ianya dari 2 hingga ke 7 lampu CCFL didalam monitor tersebut. Lebih banyak lampu CCFL, lebih mahal harga monitor tersebut dan akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik rumah anda. Dari segi kebaikannya, ia mengeluarkan kualiti yang lebih bagus daripada 2 lampu CCFL.

Teknologi LED pula adalah dimana lampu-lampu kecil LED diletakkan di seluruh bahagian tepi skrin anda, teknik ini dipanggil sebagai “LED Backlight”. Kelebihan kepada LED adalah lebih jimat elektrik dan skrin LED kebanyakannya lebih nipis berbanding teknologi CCFL.

Namun dengan teknologi ini cahaya monitor tidak akan sekata dan mempunyai masalah “Backlight Bleeding”. Dalam masa yang sama, skrin LED lebih kepada kebiruan berbanding CCFL dimana lebih kepada warna “warm”. Ini adalah kerana lampu-lampu LED menggunakan warna seakan putih yang asalnya adalah gabungan antara warna biru dan kuning.
[divider]

Hafiz Johar – Teknologi LED. Bil elektrik mahal sekarang ni 🙂

[divider]

[section label=”#4 Jenis Panel”]#4 Jenis Panel

LG-IPS

Banyak orang ramai masih lagi tidak tahu bahawa panel skrin adalah amat penting untuk gaming. Didalam pasaran banyak jenis panel telah dikeluarkan seperti TN, IPS atau VA (Dimana kombinasi antara IPS dan TN).

Kerana masih lagi banyak kekurangan untuk panel VA, panel TN atau IPS masih lagi terkenal dipasaran.

Apa itu TN?
TN bermaksud Twisted Nematic adalah jenis panel yang tradisional didalam arena monitor dan gaming. Ianya adalah teknologi yang paling lama didalam industri dan masih lagi relevan untuk pasaran sekarang.

- Iklan -

Apa itu IPS?
IPS, atau nama panjangnya In-Plane Switching adalah jenis panel yang terbaru untuk memberi kelebihan dari panel TN namun masih kekurangan beberapa faktor yang penting dari panel TN.

IPSVSTN
Perbandingan antara panel IPS dan TN

TN VS IPS
Walaupun panel TN sudah lama dipasaran, namun ianya masih lagi relevan kerana kualiti untuk gaming itu sendiri. Kelebihan panel TN adalah lebih kepada tindak balas skrin (Response) yang pendek dimana ianya amat terbaik untuk gaming yang memerlukan gerakan yang pantas seperti Call Of Duty, Counter Strike, Destiny, Battlefield dan game lain khususnya secara multiplayer. Juga, panel TN amat bagus dari segi kecerahan skrin itu sendiri.

Bagi panel IPS pula, ianya mengeluarkan kualiti warna yang amat cantik dan cemerlang dari segi sudut penglihatan (Viewing Angle) daripada skrin TN yang dimana mempunyai sudut penglihatan yang kecil dan warna yang pudar. Walaupun IPS mempunyai masalah seperti tindak balas skrin (Response) yang panjang dan kos yang mahal, banyak syarikat pengeluar panel kini mengeluarkan teknologi baru bernama Super-IPS (S-IPS) dimana lebih banyak manfaat dari segi kualiti contrast, tindak balas skrin dan kos pembinaan yang murah.

[divider]

Hafiz Johar – IPS, kerana lebih suka melihat game yang lebih cantik dari segi teknologi warna dan sudut penglihatan (Penting untuk dual-screen setup)

[divider]

[section label=”#5 Kelebihan Pengunaan Monitor”]#5 Kelebihan Pengunaan Monitor (Features)

Banyak fungsi-fungsi yang diimplimintasikan terhadap monitor terbaru ini untuk kelebihan pemain dan teknik pemasaran untuk menjual produk mereka.

Dalam banyak fungsi-fungsi yang disediakan, berikut adalah fungsi yang kami syorkan:
Penting:

  • Port untuk display dari konsol atau PC anda ke monitor seperti VGA, HDMI, DVI dan Displayport.
  • Lebihan port display, sekurang-kurangnya 2-3 port untuk kemudahan anda.

Tidak penting tapi disyorkan:

- Iklan -

  • Multi-setup seperti tetapan kualiti warna, kecerahan dan mod skrin itu sendiri. Seperti mod gaming, mod movie dan lain-lain.
  • Port untuk audio in / out. Monitor dengan speaker adalah amat jarang sekali, namun kebanyakan monitor mempunyai port untuk audio out. Dengan port ini ianya mudah untuk anda dengan hanya pasangkan kabel headphone atau speaker anda kepada monitor.

Fungsi lain yang kami anggap sebagai bonus:

  • Teknologi skrin curve, dimana amat cantik dan memberikan pengalaman baru kepada gamers. Namun kerana teknologi yang baru, kos untuk skrin ini amat mahal.
  • MHL – Ready monitor. Fungsi ini amat bagus kepada gamers yang suka main game Android / IOS namun inginkan skrin yang besar. Namun bukan semua peranti / tablet mempunyai teknologi MHL.
  • Touchscreen Monitor. Kalau korang inginkan pengalaman yang lain ini adalah teknologi yang sesuai untuk anda. Namun ianya mahal, dan kami rasa gamers tak perlu touchscreen untuk gaming.

Berikut adalah tips-tips untuk sesiapa yang inginkan monitor baru dengan setup gaming anda. Semoga berjaya mencari monitor yang sesuai untuk anda.

Artikel ini adalah artikel pertama untuk TIPSMalaya dimana kami menyediakan artikel atau video yang lebih mendalam tentang tips untuk gamers di Malaysia.

Ingin memberikan tips anda mengenai gaming di GamerMalaya? Emel kami di gamermalaya.my@gmail.com

Kredit #1
Kredit #2


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -