fbpx

Tokido Menjulang Piala Street Fighter V Major (Asia Tenggara), IAmChuan Dari Malaysia Meraih 8 Teratas

Dengan Capcom Cup akan datang dalam masa terdekat, banyak perlawanan Street Fighter V dibuat untuk meraih mata untuk kelayakan pemain pada acara grand finale kelak.

The South East Asia Majors adalah sebuah acara yang agak penting telahpun habis dengan jayanya di GameStart Asia, Singapura yang lepas. Acara ini menampakkan minat pemain profesional dari pelbagai negara seperti Jepun, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Pemain pro dari rantau Asia Tenggara, RZR| Xian nenbawakan prestasi hebat beliau dan mendapat kelayakan dia Capcom Cup secara automatik. Namun banyak perlawanan yang agak menghapakan, khususnya penyertaan pemain baharu, termasuklah wakil dari Malaysia.

Seorang pemain baharu dari Korea Selatan bermain dengan baik sehingga mendapat tempat 32 teratas amatlah menarik sekali. Banyak pemain baharu ini adalah dibawah didikan RZR|Inflitration. Latihan dibawah pemain bertaraf dunia, dan pemenang EVO semestinya memberi impak yang bagus buat pemain baharu ini.

chuan-top-8
Chuan (kanan) berlawan dengan Xyzzy dari Korea

Apa yang membanggakan adalah VS FV|IamChuan dapat menempuh beberapa pemain untuk meraih tempat 8 teratas dengan karakter Guile, sebuah karakter yang amat jarang digunakan untuk perlawanan profesional ini. Kemenangan (dengan hanya 4 minit) AW|Nemo dan juga Xyzzy, seorang pemain paling hebat untuk platform online dari Korea, amat mengejutkan beberapa pihak, bahawa bakat dari Malaysia mampu bersinar diperingkat dunia.

Namun kemenangan Chuan dilumpuhkan oleh pemain hebat Tokido dan juga Hori|Sako dengan karakter Chun Li sekaligus menempatkan Chuan ditempat 8 teratas di rantau Asia Tenggara bersama Xian.

Perlawanan peringkat terakhir amatlah sengit dengan Tokido dan Momochi dengan karakter Ryu menentang Ken.

Berikut adalah 32 teratas untuk Street Fighter V, South East Asia Major (Kredit kepada Eventhubs):

1. Tokido (Ryu)
2. EG|Momochi (Ken)
3. HM|Eita (Ken)
4. HORI|Sako (Chun-Li)
5. VS FV|IAmChuan (Guile)
5. NL (Ryu)
7. RZR|Xian (F.A.N.G)
7. HuomaoTV|HumanBomb (Chun-Li)

- Iklan -

9. AW|Nemo (Vega)
9. RZR|Infiltration (Nash)
9. Xyzzy (Birdie)
9. Mago (Karin)
13. Qanba|Xiao Hai (Cammy)
13. GGP|Kazunoko (Cammy)
13. RB|Bonchan (Nash)
13. Saunic (Laura)

17. IPT|Dru (Chun-Li)
17. RZR|Gackt (Nash)
17. PBE|Don (Ryu)
17. DNG|Itabashi Zangief (Zangief)
17. CBZ|Nuki (Chun-Li)
17. HM|Go1 (Chun-Li)
17. Tse4444 (Chun-Li)
17. YouDeal|Yukadon (Nash)

25. Somniac (M. Bison)
25. Saulabis (Rashid)
25. MF|Tonpy (Chun-Li)
25. Chris Wong (Nash)
25. G.Y.R.O
25. Seed^SKZ (Cammy)
25. SBM|Johnny (Karin)
25. Save (Dhalsim)

Artikel Asal Didalam Bahasa Inggeris


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -