fbpx

Video Permainan Darksiders III Diperlihat Buat Pertama Kali

Selepas pengumuman rasmi susulan dari maklumat yang tertiris beberapa hari lepas, THQ Nordic hari ini memuat naik video permainan Darksiders III buat kali pertama kali kepada umum melalui laman web IGN.

Video yang berdurasi 12 minit menunjukkan beberapa kandungan dari permainan siri baharu Darksiders ini. Permainan ini akan mengikuti genre dari siri sebelumnya yang lebih memfokuskan kepada perlawanan jenis hack & slash.

Jom lihat video permainan itu dibawah, namun ianya didalam status Pre-Alpha, oleh itu kami tidak akan memberikan apa-apa komen pada masa ini.

Darksiders III akan mula dipasarkan pada tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sumber: DualSHOCKERS


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -