fbpx

GamerMalaya Kini Berusia 1 Tahun: Terima Kasih Dari Kami

Tanggal 22hb April 2015 adalah tarikh dimana GamerMalaya bermula perjalanannya kepada visi dan misi yang diimpikan, untuk menjadi sebuah laman web informasi dan komuniti pilihan gamers diseluruh Asia. Kini kami berdiri tegak kukuh selama setahun dengan bantuan dari anda semua selaku pembaca setia kami. Jutaan terima kasih juga kami ingin mengucapkan kepada anda semua, kerana tanpa anda, kami akan tidak terus menempuh segala dugaan dan cabaran sehingga hari ini.

Bermula Dengan Minat

GamerMalaya.my bermula dengan versi Bahasa Malaysia pada 22hb April 2015 beserta dengan video ala Let’s Play yang bernama siri Jom Game didalam Saluran Youtube kami. Namun atas sebab tertentu siri Jom Game terpaksa dibatalkan. Kami teruskan perkembangan misi kami dengan melancarkan GamerMalaya.my/en pada 13hb May 2015, iaitu sebuah laman web informasi dari kami didalam Bahasa Inggeris.

GamerMalaya
Rekabentuk Laman Web Kami Sebelum Ini

Tahun 2015 juga kami mendapat pelbagai pencapaian yang kami tak disangka. Pada Jun 2015, kami menjadi rakan strategik bersama GameHyperMart.com, sebuah pengedar game yang memberi pelbagai bantuan kepada kami seperti unit reviu dan juga baucar tunai kepada pembaca kami. Pencapaian kami menjadi lebih besar pada November 2015 sebagai rakan media untuk acara gaming di Singapura, GameStart.

Gamer Malaya Pada Masa Akan Datang?

Kami sudah tentu akan bekerja lebih keras untuk memberikan berita dan informasi kini tentang dunia gaming kepada anda semua. Kami juga cuba secara khususnya menyampaikan berita-berita dari Malaysia dan juga seluruh Asia, sekaligus menyokong industri tempatan.

GamerMalaya-Logo-2015
Perbezaan Logo Kami Dulu Dan Sekarang

Namun kami juga perlukan sokongan dari anda semua, teruskan ikuti kami melalui Facebook Page, atau Twitter, Youtube mahupun melalui Instagram. Kami juga mempunyai program emel mingguan, dimana anda boleh langganinya DISINI.

Peluang Memenangi Hadiah Menarik!

Untuk menyambut ulangtahun yang pertama ini, kami bersama rakan-rakan kami, ingin memberikan beberapa hadiah sebagai tanda penghargaan kepada anda semua.

- Iklan -

Anda semua berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti:

  • 2x – StarCraft: Legacy Of The Void
  • 1x – 1 Tahun Langganan PlayStation Plus
  • 1x – 3 Bulan Langganan PlayStation Plus – Tajaan The Kampung Nerd
  • 50x – RM20 Baucar Tunai* – Tajaan Game Hypermart

*Baucar tunai hanya sah di laman web http://gamehypermart.com, dengan jumlah minima RM40.

Cara Untuk Menang

Amat mudah sekali, anda hanya ikuti langkah dibawah:

  1. Like Facebook dan Ikuti Twitter Kami.
  2. Komen pada post asal kami di FACEBOOK / TWITTER dengan tag rakan anda sebanyak yang mungkin!
  3. Share artikel ini dengan hashtag #GamerMalaya.

2X LEBIH PELUANG Untuk Menang Jikalau Anda Mempunyai Akaun FUNDEAVOUR

  1. Daftarkan akaun anda di FUNDEAVOUR.com
  2. Ikuti langkah yang sama seperti diatas, namun semasa komen, letakkan URL kepada profile anda di FUNDEAVOUR
  3. Peluang anda lebih tinggi, dan bonus markah 10XP kepada profile anda!

Setinggi penghargaan kepada rakan-rakan kami dari GameHyperMart, The Kampung Nerd, Fundeavour, Rambling Monkeys dan juga Kitamen.

Terma & Syarat:

  • Program ini akan berjalan dari 24hb April sehingga 22hb May 2016.
  • Pemenang akan dipilh secara rawak.
  • Kakitangan / Krew dari GamerMalaya, dan juga rakan (Partners) tidak akan dipilih sebagai pemenang.
  • Pemenang akan diumumkan pada 30hb May 2016.
  • Kesemua hadiah adalah didalam bentuk digital.
  • Kami akan PM akaun Facebook / Twitter. Sila berikan alamat emel kami untuk kami berikan hadiah.
  • Beberapa Terma & Syarat tambahan akan dibuat tanpa sebarang notis.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -