fbpx

Minecraft Akhirnya Memasuki Pasaran China

Kita semua sedia tahu bahawa Negara China adalah sebuah pasaran yang agak sukar untuk ditembusi khususnya syarikat-syarikat selain dari negaranya sendiri. Mojang, sebuah studio disebalik pembikinan Minecraft mengumumkan bahawa siri yang terkenal ini akan memasuki pasaran China untuk platform PC dan juga peranti Mudah Alih (Mobile).

Namun berita baik ini adalah inisiatif diantara Microsoft, NetEase dan Mojang untuk mendapatkan lesen eksklusif 5 tahun kemasukan Minecraft ini kepada NetEase, Inc. di China.

Salah satu daripada perjanjian antara mereka, Mojang perlu memberikan banyak kandungan khas untuk pasaran China itu sendiri.

“Kami sentiasa memberikan peluang bermain Minecraft kepada semua pemain baharu diseluruh dunia, dengan mengembangkan komuniti kami dan juga memberikan perspektif baharu didalam game kami.” Kata Jonas Martensson, Ketua Eksekutif Mojang.

“NetEase amat memahami dengan visi jangka masa panjang kami untuk Minecraft dan mereka juga menyokong wawasan kami di Mojang. Kami amat berbesar hati dengan perjanjian ini. Kami amat mengalu-alukan kedatangan komuniti baharu dari China kepada dunia pembinaan virtual Minecraft.” Katanya lagi.

Minecraft telahpun dilancarkan semenjak tahun 2011 dan kini mempunyai lebih dari 100 Juta pemain diseluruh dunia.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -