fbpx

Crystal of Atlan Misi Utama Baharu Lv.70 “Sandstorm Journey” Kini Tersedia!

Kemaskini baharu Crystal of Atlan Lv.70 “Sandstorm Journey” kini tersedia! Tingkatkan level anda ke level 70 untuk mulakan babak baharu dalam jalan cerita Atlan, di mana anda akan membongkar rahsia Floating Settlement dan tempur cabaran baharu menerusi Duskfeather Lair Co-op Dungeon. Kemaskini baharu ini juga menyertakan sistem-sistem baharu, iaitu sistem Inscription dan Mentorship, dan juga set Azure Crystal “Welkin Oath” yang memukau serta beberapa acara TikTok. Sertai kami dan mulakan pengembaraan baharu di dalam Crystal of Atlan!

Lv.70 Adventure: Misi Utama Baharu dan Co-op Dungeon Baharu

Bagi para Adventurer yang telah capai Lv.60 kini boleh selesaikan misi Level Breakthrough untuk tingkatkan level cap ke 70. Dengan ini, anda membuka babak misi utama baharu “Floating Settlement”, Co-op Dungeon baharu “Duskfeather Lair”, dan juga gear level tinggi baharu!

Dalam Misi Utama “Floating Settlement”, para Adventurer bakal mengikuti klu-klu kehilangan Navigator Yudora untuk membongkar rahsia tentang harta karun yang telah diperturunkan yang dikenali sebagai Kraken Key dan juga kebenaran yang lama tersimpan. Cerita-cerita pengembaraan baharu, Elite Dungeon, Abyssal Purgatory, dan kawasan eksplorasi baharu menanti anda! Mari nikmati penceritaan baharu Floating Settlement!

Co-op Dungeon Epic Lv.70 “Duskfeather Lair” juga telahpun tersedia. Mod solo, Story, Elite dna Legend kini tersedia bagi para Adventurer yang berbeza Power level. Selesaikan dungeon untuk mendapatkan ganjaran lumayan termasuklah Blackfeather Taboo Ring, Secret Feather Mask, Lv.65 Epic gear dan banyak lagi. 24 Adventurer terawal di setiap realm yang berjaya selesaikan pada kadar kesusahan Legend akan dihadiahkan Achievement dan juga pangkat eksklusif “Twilight Feathers.”

Bagi membantu semua pemain untuk mengejar dan capai Lv.70 untuk akses konten-konten baharu, kami bakal memberikan ganjaran-ganjaran kepada semua pemain. Bermula 15 Januari sehingga 12 Mac, semua pemain yang log masuk ke dalam permainan boleh dapatkan Advancer’s Resources (Lv.60) dan satu Lv.60 Epic Gear Box menerusi sistem Mail supaya anda boleh tingkatkan Power serta-merta.

Pakaian dan Belaan Terhad: Terangi Pengembaraan Anda

- Iklan -

Set terhad Azure Crystal “Welkin Oath” telahpun tiba, menyertai para Adventurer dalam pengembaraan Floating Settlement dan cabaran Duskfeather Lair.

Gunakan item istimewa “Azure Crystal” untuk smelt Outfit untuk berpeluang untuk mendapatkan set pakain baharu “Welking Oath.”

Belaan terhad juga tersedia untuk menemani anda dalam perjalan Lv.70 ini. Para Adventurer boleh dapatkan belaan “Ancestral Whelp” melalui acara pet summoning. Jelajahi Floating Settlement bersama peneman setia anda untuk pengalaman yang tak boleh dilupakan!

Sistem Mentorship: Membangun dan Bertumbuh Bersama-sama

Sistem Mentorship yang baru dilancarkan ini telah direka bagi menggalakkan perkongsian ilmu dan hubungan sosial antara pemain-pemain baharu dan veteran. Pemain-pemain yang layak boleh hasilkan hubungan mentor-mentee dan terima bonus ekslusif terhadap Atritube dan juga Enhancement Funds dengan menyelesaikan Dungeon dan Co-op Dungeon bersama-sama. Apabila hubungan ini capai level 3, si mentee dengan rasmi telah menamatkan latihan mereka. Namun begitu, pasangan mentor-mentee boleh terus lanjutkan hubungan ini sehingga capai level 10 untuk dapatkan item-item bernilai di kedai ekslusif.

Sistem Gear Dinaiktaraf: Lakar Lagenda Anda

Sistem Gear Inscription baharu membolehkan para Adventurer tingkatkan Power dengan lebih mudah. Gear Lv.65 Epic ke atas akan ada 1-3 ruang Inscription, dengan jenis Inscription tertentu pada setiap bahagian. Inscription-Inscription ini bebas untuk dikeluarkan atau dipasangkan, jadi sistem ini membenarkan anda untuk reka build yang fleksibel dan diperibadikan.

Tentang Crystal Of Atlan
Di dunia “Magicpunk” ini, para pemain bakal sertai pengembaraan yang epik di mana kuasa magik dan teknologi berjalin. Sebagai pengembara (Adventures) para pemain bakal mengorek pelbagai rahsia kuno yang terdapat pada runtuhan-runtuhan Atlan dan bertarung dengan puak-puak berkuasa untuk kembalikan keamanan ke dunia Atlan dan mencari kebenaran yang terselubung disebalik sejarah lama. Sebagai permainan MMO Action RPG yang memfokuskan multi-pemain, Crystal Of Atlan menengahkan elemen tatamain kerjasama multipemain dan juga interaksi sosial. Pada terasnya, permainin ini memberikan pengalaman pertarungan yang pantas lagi mendebarkan menerusi co-op dungeon yang cukup menarik untuk menjemput pemain semua berganding bahu dan tempuhi cabaran bersama-sama.

Ciri-ciri utama:

  • Pelbagai “Classes”, Tiada Gacha Untuk Watak-Watak:  Nikmati kesemua class secara percuma, setiap satu mempunyai lebih 20 skills unik membuka peluang untuk penyesuaian dan kombo-kombo menakjubkan. Class baharu dan pertambahan bakal datang pada masa akan datang.
  • Potensi Kombo Tak Terhingga: Sistem pertarungan yang penuh style dan lancar, kaitkan sehingga 12 skill, gabungkan 8 skill teras dan 2 penamat serta serangan-serangan biasa.
  • Pertarungan 3D: Alami sudut-sudut dinamik, kombo-kombo di udara, dan aksi tangkas menerusi sistem pertarungan XYZ-axis.
  • Masuk “Dungeon” Berpasukan: Kerjasama bersama rakan pemain lain dalam misi penceritaan, Void Realm dan juga pertarungan HexChess skala besar yang memerlukan 8 pemain yang mana koordinasi dan strategi adalah kunci bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menanti.
  • Persaingan PvP Yang Adil: Uji kemampuan anda dalam mod-mod 1v1 dan 3v3 di mana skill, bukan statistik, tentukan siapa pemenang.

- Iklan -

Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal Of Atlan.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -