fbpx

Death Stranding Untuk PC Ditunda Sehingga Julai

Death Stranding, sebuah karya dari Hideo Kojima akan hadir ke platform PC, namun ditunda pada tarikh kemudian.

Dengan situasi pandemik dan operasi bekerja dari rumah, beberapa aspek pembangunan permainan ini akan menyebabkan penundaan tersebut.

Mengikut dari pengumuman oleh Kojima Productions melalui akaun Twitternya, tarikh pelancaran Death Stranding PC akan ditunda kepada 14hb Julai.

Menariknya, halaman jualan Steam untuk Asia Tenggara mendapat tarikh yang sama (14hb Julai), berbanding dengan tarikh asal yang dimana tarikh pelancaran 1 hari lebih lambat dari pelancarannya di benua yang lain.

Penundaan ini tidaklah besar perbezaannya dari tarikh awal dan amat difahami dengan situasi kita semua hadapi sekarang.

Death Stranding akan hadir pada PC melalui platform penjualan Steam dan Epic Games Store.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -