fbpx

DRM Resident Evil 7 Dipecahkan Dalam 5 Hari

Resident Evil 7 telah dilancarkan pada 24 Januari yang lalu dan keluaran baharu untuk siri Resident Evil dari Capcom ini sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan setakat ini mendapat respons positif dari banyak pihak. Memandangkan RE7 ialah sebuah permainan bertaraf ‘Triple-A’, Capcom telah menggunakan khidmat Denuvo sebagai mekanisma anti-cetak rompak mereka untuk versi PC, mengikuti jejak langkah beberapa permainan lain seperti Rise of The Tomb Raider, FIFA 17 dan Just Cause 3.

Namun demikian, usaha menggunakan Denuvo tidak tahan lama apabila kumpulan pemecah DRM dari Itali iaitu CONSPIR4CY (CPY), dilaporkan telah berjaya memecahkan perlindungan DRM Denuvo dan telah membolehkan muatturun cetak rompak Resident Evil 7 di laman-laman torrent. Dengan tempoh tidak sampai seminggu dilancarkan CPY telah berjaya memecahkan perlindungan Denuvo dan ini merupakan rekod terpantas setakat ini, menampakkan lagi kelemahan Denuvo sebagai perjuangan industri permainan video menentang cetak rompak.

Denuvo sememangnya mengetahui bahawa perlindungan mereka tidak akan mampu bertahan lama dan sasaran utama mereka hanya untuk perlindungan pada beberapa minggu atau bulan awal selepas pelancaran untuk memastikan pengeluar permainan mendapat sebanyak mungkin jualan tanpa merisaukan aktiviti cetak rompak dan untuk menggalakkan pelanggan yang tidak sabar untuk terus membeli daripada menunggu versi cetak rompak. Tetapi, setelah perlindungan Denuvo untuk DOOM, Deus EX: Mankind Divided, Watch Dogs 2 dan banyak lagi ditewaskan, Resident Evil 7 dilihat sebagai satu lagi contengan arang di wajah Denuvo yang semakin diragui keberkesanannya oleh pengeluar permainan dalam melindungi pelaburan dan titik peluh mereka.

Nota dari Gamer Malaya: Kami sama sekali tidak menggalakkan anda mencetak rompak permainan video. Marilah kita sama-sama dengan penuh etika menyokong industri kreatif ini dengan membeli versi yang asli. Cetak rompak hanya akan mati jika tiada permintaan dari pengguna.

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -