fbpx

Video Trailer Gundam Versus Diperlihat – Akan Hadir Didalam Versi Bahasa Inggeris

Sebuah berita baik untuk peminat semua, sebuah permainan adaptasi dari anime terkenal Mobile Suit Gundam, bernama Gundam Versus akan hadir dipasaran dan ianya akan didatangkan didalam versi Bahasa Inggeris. Ini adalah mengikut dari video trailer yang dimuat naik oleh Bandai Namco beberapa hari yang lepas.

Video pertama pernah dipaparkan buat pertama kali kepada umum dari acara Gundam Festival tahun lepas.

Video trailer ini boleh dikatakan sebuah video kedua oleh Bandai Namco dan ianya menunjukkan beberapa kandungan yang akan diberi terhadap permainan ini. Mod perlawanan sama ada 2v2 atau 3v3 diberi dengan pelbagai karakter Gundam diberi, seperti dari siri terkini Gundam Thunderbolt, Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans beserta Gundam yang terkenal seperti Zeta Gundam dan RX-78-2.

Permainan ini juga akan didatangkan fungsi multiplayer dengan mod 3v3 dan “Boss Hunt” untuk bermain bersama rakan anda secara atas talian.

Gundam Versus akan mula dipasarkan untuk konsol PS4 pada tahun ini.

Check out the original article in English.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -