Korang semua tahu bahawa permainan terkini dari studio Guerilla Games, Horizon Zero Dawn mendapat markah reiviu yang cemerlang kepada beberapa pengkritik terkenal. Malah, ramai pemain menantikan sekuel atau sekurang-kurangnya sebuah DLC untuk penceritaan tambahan supaya mereka boleh menikmati kehebatan pengalaman bermain dan kualiti grafik yang tinggi dari permainan dunia terbuka ini.
Pabila sebuah permainan video mendapat hati kepada beberapa pihak, maka peminat mula untuk melakarkan kreativiti mereka dengan berkongsikan karya mereka dimana permainan ini didalam dunia “Pixelated“. Terima kasih pada sumber PressA2Join atas perkongsian mereka dengan beberapa gambar yang unik dibawah.
Pertama adalah dari salah satu pengguna laman sosial Reddit, Hericus dengan robotika Watcher, sebuah mesin yang biasa dijumpa didunia Zero Dawn.

Populariti Watcher tiada taranya pabila satu lagi gambar yang diberi kesan pixelated timbul didalam laman web Pinterest seperti dibawah.

Yang terakhir adalah amat unik, sebuah gambar yang kami boleh anggap tajuknya sebagai Horizon Zero Dawn: Pixelated Edition. Dimuat naik oleh pengguna Twitter toyaken21, karyanya dilengkapi dengan UI (User Interface) seakan didalam permainan video itu sendiri.
Dari latar belakang yang hampir sama dengan versi asal, beserta dengan bar nyawa pemain, “peta” untuk perjalanan misi dan pelbagai lagi elemen grafikal yang kami anggap amat kena dengan “mood” bermain didalam dunia piksel petak-petak ini.

Malah, PlayStation UK juga menghargai kreativiti beliau melalui akaun Twitter rasmi mereka. Apa kata anda semua? Cantik bukan? Jikalau anda mempunyai karya anda sendiri, jangan malu-malu dengan hantar ke kami!

