fbpx

Kolaborasi Crystal Of Atlan X B.Duck dan system “Home” Baharu Kini Tiba! Dilancarkan Bersama-Sama Di Steam Pada Oktober 30

Versi baharu Crystal Of Atlan telah dilancarkan pada 9 Oktober! Bersedialah untuk merasakan kolaborasi bersama si comel B.Duck! Selain itu, system “Home” baharu juga telah ditambah—bina rumah idaman ikut citarasa anda.

Muat turun sekarang

Comel teramat! Kolaborasi B.Duck bermula 9 Oktober!

B.Duck kini sedang melawat dunia Atlan! Bersedia untuk alami keseronokan dan kejutan yang B.Duck bawa! Sertai acara kolaborasi baharu untuk dapatkan ganjaran-ganjaran menarik!

Kolaborasi comel dengan acara terhad!

Log masuk selama tujuh hari untuk dapatkan B. Duck Double Ded dan pelbgai ganjaran menarik menerusi kolborasi ini!

Bertukar menjadi B.Duck dan bertarung dalam Conch Race! “Mount” B.Duck, Avatar Frame dan pakaian bertema juga tersedia—inilah masanya untuk serlahkan kecomelan dan selami ke dalam dunia B.Duck!

Mari mengembara bersama! Tangkap gambar bersama B.Duck dan menang ganjaran!

- Iklan -

Cari B.Duck sekitar Atlan, tangkap gambarnya untuk menerima “Daily Blueprint” dan Gold yang boleh digunkan untuk beli perabot-perabot comel! Teruskan menangkap gambar setuiap hari untuk meneriama Emoticon B.Duck, barang transformasi dan juga “mount” kolaborasi!

Sistem “Home” baharu kini tersedia! Bina Coconut spring Isle anda!

Inginkan tempat untuk istirahat jauh daripada debaran pengembaraan? Sistem “Home” sudah pun ditambah—bina rumah idaman anda sekarang!

Mula dari awal dan bina kediaman anda!

Selesaikan quest-quest untuk terima kediaman eksklusif di Coconut Spring Isle dan mulakan perjalanan anda membina rumah! Dari susun atur ke setiap pokok dan bunga, semuanya di tangan anda. Tingkatkan “level” untuk dapatkan bangunan-bangunan baharu dan rekalah ruang lepak unik anda!

Kerjasama dan pastikan sumber-sumber mengalir!

Setiap “pet” anda boleh bantu dalam membina kediaman anda. Berikan tugas kepada mereka berdasarkan “traits” yang mereka ada dan lihatlah usaha anda berkembang. Jual apa-apa yang anda hasilkan di rumah untuk menerima Homestead Coins dan “emblems”—pastikan sumber-sumber terus mengalir dan tambah baik lagi kediaman anda!

TikTok Video Challenge

Hantarkan klip anda melalui laman web TikTok Gaming Incentive Program dan sertai hashtag #B.DUCKxCOA untuk kongsikan keseronokan anda bersama B.Duck, interaksi di “Home” ataupun transformasi-transformasi comel dan berpeluang untuk menerima sebahagian daripada kumpulan hadiah berbentuk wang bernilai sebanyak $4,000 USD! Kongsikan klip anda dan tunjukkan kepada dunia!

TikTok Livestream Challenge Pada 9 Oktober

TikTok B.Duck Livestream Challenge bermula pada 9 Oktober hingga 22 Oktober, 2025. Daftar melalui laman web TikTok Gaming Incentive Program dan stream dengan tag Crystal Of Atlan dan serlahkan interaksi-interaksi comel bersama B.Duck untuk menerima sebahagian daripada kumpulan hadiah berbentuk wang bernilai sebanyak $4,000 USD! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Crystal Of Atlan.

Tentang Crystal Of Atlan

Di dunia “Magicpunk” ini, para pemain bakal sertai pengembaraan yang epik di mana kuasa magik dan teknologi berjalin. Sebagai pengembara (Adventures) para pemain bakal mengorek pelbagai rahsia kuno yang terdapat pada runtuhan-runtuhan Atlan dan bertarung dengan puak-puak berkuasa untuk kembalikan keamanan ke dunia Atlan dan mencari kebenaran yang terselubung disebalik sejarah lama. Sebagai permainan MMO Action RPG yang memfokuskan multi-pemain, Crystal Of Atlan menengahkan elemen tatamain kerjasama multipemain dan juga interaksi sosial. Pada terasnya, permainin ini memberikan pengalaman pertarungan yang pantas lagi mendebarkan menerusi co-op dungeon yang cukup menarik untuk menjemput pemain semua berganding bahu dan tempuhi cabaran bersama-sama.

- Iklan -

Ciri-Ciri Utama:

  • Pelbagai “Classes”, Tiada Gacha Untuk Watak-Watak:  Nikmati kesemua class secara percuma, setiap satu mempunyai lebih 20 skills unik membuka peluang untuk penyesuaian dan kombo-kombo menakjubkan. Class baharu dan pertambahan bakal datang pada masa akan datang.
  • Potensi Kombo Tak Terhingga: Sistem pertarungan yang penuh style dan lancar, kaitkan sehingga 12 skill, gabungkan 8 skill teras dan 2 penamat serta serangan-serangan biasa.
  • Pertarungan 3D: Alami sudut-sudut dinamik, kombo-kombo di udara, dan aksi tangkas menerusi sistem pertarungan XYZ-axis.
  • Masuk “Dungeon” Berpasukan: Kerjasama bersama rakan pemain lain dalam misi penceritaan, Void Realm dan juga pertarungan HexChess skala besar yang memerlukan 8 pemain yang mana koordinasi dan strategi adalah kunci bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menanti.
  • Persaingan PvP Yang Adil: Uji kemampuan anda dalam mod-mod 1v1 dan 3v3 di mana skill, bukan statistik, tentukan siapa pemenang.

Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal Of Atlan.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -