fbpx

Kolaborasi One-Punch Man X Crystal of Atlan Telah Dilancarkan!

Permainan “magicpunk” MMO Aksi RPG rentas-platform Crystal Of Atlan telah melancarkan acara kolaborasi buat pertama kali bersama “One-Punch Man”, kini tersedia pada 26 Jun!

Permainan yang boleh dimuat turun di iOS, Android and PlayStation 5 menjemput para pemain untuk sertai acara kolaborasi ini berjudul “Boom! One-Punch KO!”, yang penuh dengan watak-watak ikonik, cabaran-cabaran menarik and ganjaran-ganjaran eksklusif dalam dunia Atlan. Sementara itu, Class baharu, Mystrix, bakal sertai medan perang in pada 10 Julai.

Crystal Of Atlan kini tersedia untuk dimuat turun.

Kolaborasi epik ini membawakan watak-watak peminat ramai seperti “Saitama”, “Terrible Tornado”, and “Boros” ke dalam permainan ini. Watak-watak ikonik daripada One-Punch Man ini membawa keupayaan-keupayaan pertempuran yang pantas lagi merosakkan, padanan yang baik bersama sistem air combo Crystal Of Atlan, membawakan pengalaman tatamain yang menarik lagi memuaskan.

Acara: “Path to Hero” – Sarungkan Kulit “Saitama” Dan Cabar “Boros”!

Para pemain boleh sertai acara menundukkan “Boros” yang bergelar “Dominator of the Universe” dalam pertarungan bos ekslusif ini. Kalahkan “Boros” untuk terima Mark Of The Dominator, yang boleh ditebus untuk dapatkan ganjaran-ganjaran istimewa untuk kolaborasi in.

Selain itu, acara “Path to Hero” juga membolehkan pemain untuk dapatkan Master’s License, bingkai-bingkai avatar eksklusif serta gelaran-gelaran baharu, dan juga barang transformasi “Saitama”—membolehkan anda berdiri sebaris bersama Hero Faction di Atlan.

Exclusive Collaboration Pets and Mounts Arrive

- Iklan -

Haiwan Peliharaan Dan Tunggangan Eksklusif Kini Tiba

“Terrible Tornado” kini muncul sebagai haiwan peliharaan support S-grade, menggunakan kuasa psikiknya untuk mengawal rentak pertarungan dengan serangan besi dan batu. Bersama-samanya adalah dua cat tunggangan kolaborasi baharu—”Sky Knight – Genos α” dan “Windride Skateboard – Hellish Blizzard β”, kini tersedia bagi menggempakkan lagi tunggangan anda!

The Brand New Class Mystrix Debuts on July 10

Class Baharu Mystrix Bakal Muncul Pada 10 Julai

Mystrix merupakan subclass baharu untuk Musketeer—pakar persenjataan magitech yang menggabungkan ketepatan unggul bersama serangan-serangan yang meledup. Semasa pertarungan, Mystrix menukar bekas senjatanya untuk menjadi pelbagai jenis senjata termasuk Shotgun, Sniper Rifle, Floating Cannons dan juga motosikal, memberikannya pergerakan tangkas dan keserbabolehan dalam menyerang. Semasa dia tukar senjata dan melakukan serangan, dia membina Weapon Charge untuk dilepaskan sebagai Gunfire — Bloom yang menukarkan bekas senjatanya kepada Charge Pistol serangan meledup yang besar.

Program TikTok Creator kini bermula | Cuba cabaran mencipta video-video pendek dan livestream!

Crystal of Atlan sekali lagi berkolaborasi bersama TikTok untuk melancarkan perayaan untuk golongan creator seluruh dunia! Bermula 27 Jun hingga 16 Julai, hantarkan video pendek yang berkenaan dengan permainan ini kepada cabaran video TikTok dengan hashtag #CrystalofAtlan #CoA #ComboForTheWin untuk sertai cabutan bertuah dan menang sebahagian daripada ganjaran wang bernilai $24,000 di Filipina, Thailan, Indonesia dan Malaysia—promo ini juga dapat tolong memviralkan konten anda! Tidak kira anda hanya cipta video pendek mahupun stream, sertai kempen ini dan menang besar menggunakan kreativiti dan semangat anda! Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti akaun TikTok rasmi Crystal of Atlan.

Sokongan untuk program bagi golongan creator bakal datang! Sila sertai group Discord creator rasmi untuk makluman terkini.

Crystal of Atlan dilancarkan pada Mei 2025 dan kini telah sohor dalam carta permainan-permainan percuma di beberapa pasaran. Permainan ini boleh dimuat turun untuk iOS, Android, PC dan PlayStation 5. Ikuti komuniti Crystal of Ataln di  Youtube, Facebook, TikTok, dan Discord.

Kiriman ini dibawakan oleh Crystal of Atlan.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -