Ragnarok Origin Classic, game terbaharu daripada Gravity Game Vision yang dilancarkan pada 26 Mac, tampil dengan perubahan besar: Semua kandungan dalam-permainan berbayar yang mempengaruhi pertumbuhan numerik telah dimansuhkan, hanya tinggal Monthly Pass sahaja.
Permainan ini juga telah mengumumkan harga dan had pembelian Monthly Pass.

Tujuan utama perubahan ini adalah untuk pastikan semua pemain boleh main dengan lebih adil dan kembali kepada tema asal iaitu pengembaraan, pertarungan dan semangat kerjasama pasukan.
Sejak fasa Closed Beta Testing (CBT), ramai figure komuniti teruja apabila mereka dapat tahu bahawa dalam Ragnarok Origin Classic, bukan sahaja pakej pay-to-win item boost combat power, dan kelebihan VIP yang biasa kita nampak dalam MMO telah tiada. “Item fesyen yang tingkatkan kuasa pertarungan” yang sudah jadi norma industri juga telah diterbalikkan.
Segala item penampilan kini mempunyai stats yang sama. Maksudnya, ia hanya untuk gaya dan personalisasi, bukan untuk bagi kelebihan dalam gameplay.

Bila review dari komuniti mula keluar, komuniti pemain MMO seluruh Asia Tenggara, Hong Kong, Macau, Taiwan dan juga Korea Selatan, terus hangat berbincang.
Ramai pemain veteran RO dan peminat MMO menyebarkan berita ini dengan teruja, ada yang kata “zaman pure RO dah kembali!” dan “Finally tiada lagi pay-to-win!” Sebaliknya, berita ini turut menimbulkan keraguan. Disebabkan industri MMO memang selalu guna “fairness” sebagai marketing, ada pemain yang risau mungkin masih ada sistem tersembunyi seperti paid gacha atau hidden stats.
Semasa tempoh percubaan, Ragnarok Origin Classic membuktikan yang mereka serius nak ubah cara monetization MMO. Semua kandungan berbayar yang memberi kesan kepada progression telah dibuang, kecuali Monthly Pass yang juga ada had pembelian. Currency dalam game, Nyan Berry, hanya digunakan untuk kosmetik, semua item fesyen mempunyai statistik yang sama, jadi pemain yang bermain secara percuma dapat kelebihan-kelebihan yang sama seperti pemain-pemain berbayar. Sistem progression yang sebelum ini kompleks juga telah dipermudahkan, supaya pemain boleh fokus kepada keseronokan sebenar MMO, explore map, lawan dalam dungeon, dan main bersama kawan sebagai pasukan.
Satu lagi perkara yang buat ramai pemain impressed adalah komunikasi terbuka dari team developer. Sepanjang testing, producer yang dikenali sebagai “Big Kitty” kerap berkongsi update, berbincang dengan pemain, malah membuat perubahan secara real-time berdasarkan feedback. Ramai figure komuniti seluruh Asia Tenggara, Hong Kong, Macau dan Taiwan memuji usaha ini, dan ada yang berkata mereka dapat “rasa keikhlasan Gravity”.
- Iklan -
Pendekatan yang fokus kepada Monthly Pass ini sebenarnya mencabar hampir 20 tahun budaya pay-to-win dalam MMO di Asia Tenggara. Dulu, kekuatan karakter sangat bergantung pada duit—dengan sistem ranking, server rotation, dan tekanan leaderboard yang buat game rasa macam kerja. Sehinggakan item fesyen, yang asalnya untuk seronok-seronok sahaja, seringkali membawa kelebihan dalam pertarungan. Perkara ini akhirnya menyebabkan ramai pemain tak kekal lama dan peminat lama pula rasa kecewa.
Ragnarok Origin Classic cuba ubah formula ini. Mereka masih fikir tentang revenue, tapi lebih utamakan fun dan fairness, sama seperti Ragnarok Online yang asal 20 tahun dahulu. Map klasik, monster, muzik, dan dunia Midgard semuanya dibawa kembali untuk beri pengalaman RO yang authentic, sama ada untuk pemain lama atau baru.
Game ini juga agak generous dengan reward percuma. Pemain boleh dapatkan pet Baphomet Jr., MVP cards yang berkuasa, fashion sets percuma, gold coin dan juga cultivation items. Event seperti Kafra New Journal, 7-Day Party dan MVP first-kill rewards di seluruh server memberikan para pemain peluang untuk explore dan compete tanpa perlu spend.
Ragnarok Origin Classic juga memfokuskan aspek sosial dan kompetitif juga diperkuatkan. Pemain boleh join event cross-region dengan kawan dari negara lain, dan bersaing dalam tournament Tyr Cup E-sports dengan hadiah mencecah USD 1 juta. Pemain free-to-play pun masih ada peluang untuk naik ke top dengan skill dan teamwork—tanpa dominasi pay-to-win.

Daripada mengehadkan kandungan berbayar, memudahkan progression, hinggalah memberi reward percuma dan membina komuniti sosial yang aktif—Ragnarok Origin Classic bukan sekadar turunkan harga, tapi cuba bina semula pengalaman MMO itu sendiri.
Visi developer ini jelas:
| “Kami mahu pemain ingat kembali rasa seronok lawan MVP bersama kawan, explore map cari rahsia, dan jumpa orang baru di Prontera—bukan fikir berapa banyak duit perlu spend untuk jadi kuat.” |
Pintu ke Prontera kini sudah dibuka, dan pengembaraan baharu ini baru sahaja bermula. Bolehkan Ragnarok Origin Classic tetapkan standard baharu untuk MMO Asia Tenggara? Jutaan pemain sudah bersedia untuk mengetahuinya.
Jom join dan stay connected:
【Laman rasmi】https://roocasia.gnjoy.game/
【Facebook】https://rooc.short.gy/EN
【Discord】https://discord.gg/rooclassic
Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Ragnarok Origin Classic
- Iklan -

