fbpx

Penjualan Batman Didalam Pelayar Steam Digantung

Setelah banyak menerima laporan daripada pemain tentang ketidakstabilan game Batman: Arkham Knight untuk platform PC, kini Warner Bros. mengumumkan bahawa jualan Batman digantung buat sementara waktu untuk pelayar Steam.

Berikut adalah kenyataan rasmi mereka:

Kami ingin memohon maaf atas apa yang telah berlaku tentang isu Batman: Arkham Knight pada platform PC. Kami mengambil isu ini dengan serius dan atas sebab itu, kami memutuskan untuk menggantungkan jualan game ini kepada platform PC buat sementara waktu dan dalam masa yang sama kami akan membaik pulih situasi ini sehingga pulih sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, pemain yang telah membeli game ini boleh tunggu buat sementara waktu, atau jikalau anda mempunyai pengalaman yang buruk setakat ini, kami boleh memperoseskan pulangan wang semula kepada pembeli.

Memandangkan banyak maklum balas negatif di halaman Batman dalam pelayar Steam, maka Warner Bros. memutuskan untuk menggantungkan jualan game ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -