fbpx

Penyingkiran Mikrotransaksi Sementara Battlefront 2 Adalah Dari Kerisauan Disney

Kita semua tahu bahawa EA pernah cuba untuk membawakan sistem mikrotransaksi yang berkonsepkan “pay-to-win” didalam Star Wars Battlefront 2, namun akibat dari kemarahan banyak peminat, mereka mengambil keputusan untuk menyingkirkan sistem itu buat sementara waktu.

Salah satu faktor penyingkiran tersebut juga adalah tekanan oleh pihak Disney kepada EA. Bob Iger, Ketua Eksekutif Disney bimbang atas impak yang akan diberi terhadap pengenalan sistem mikrotransaksi tersebut. Sumber Wall Street Journal (melalui IGN) menyatakan ianya adalah arahan dari Disney sendiri untuk menyingkirkan sistem mikrotransaksi itu.

Mengikut dari EA, mereka telahpun menutupkan sistem itu buat sementara waktu sehingga mendapat putus kata untuk membaikinya. Kami tidak pasti bahawa mereka akan memperbetulkan sistem tersebut atau hanya menutupkan ia buat sementara waktu.

Sekurang-kurangnya, sekarang tiada siapa boleh membayar untuk menangi dengan mudah. Setiap pemain perlu berusaha dan mengambil banyak masa untuk mendapat hero kegemaran mereka dari siri Star Wars ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -