RPG mudah-alih terbaharu dalam siri Dragon Raja, Dragon Raja: ReRise, telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini (14 Ogos) untuk kedua-dua platfom mudah-alih, disertai dengan video promosi dan beberapa acara-acara sempena pelancaran ini.
Permainan Kini Tersedia Untuk Kedua-dua Platfom! Mulakan Pengembaraan Anda Sekarang!
Dragon Raja: ReRise ialah permainan kad RPG daripada pasukan asal Dragon Raja—direka untuk menyemarakkan hari anda dengan aksi lawan naga yang pantas, senang dan lawak. Hanya tekan sekali, misi selesai, naga pun mati!
Dragon Raja: ReRise mewarisi pandangan dunia dan latar belakang penceritaan daripada Dragon Raja. Watak-watak klasik bertemu semula, dan takdir mereka semua jatuh ke tangan anda! Erii, Luminous, Caesar, Johann Chu dan beberapa lagi sahabat-sahabat yang tidak asing lagi bakal bertarung bersama anda dalam pertempuran lawan naga yang epik!
Pelakon-Pelakon Suara Dan Komposer Terulung Dari Jepun! Sajian Audio-Visual Menanti Anda!
Untuk menghasilkan pengalaman audio-visual yang sempurna, lagu tema permainan ini, “Ivory Tower”, telah dicipta oleh komposer dari Jepun Hiroyuki Sawano dan menampilkan persembahan daripada pelakon-pelakon suara popular seperti Yūsuke Kobayashi, Akari Kitō, Kaito Ishikawa, dan Shun Horie. Treler rasmi telahpun dilancarkan, dan ia memberikan pandang pertama permaininan ini kepada para pemain.
Dapatkan Semua Watak SSR Percuma! Dapatkan Watak Popular Erii Serta-Merta!
Bagi menghargai sokongan para pemain, kami dengan berbesar hati menawarkan 130 “pull”secara percuma hanya dengan melog masuk pada hari pertama, termasuk dalam 400 “pull”keseluruhan yang boleh didapati dengan log masuk pada minggu pertama. Hanya log masuk dalam permainan ini dan watak-watak SSR termasuk watak popular Erii boleh didapati secara percuma! Dengan kadar “drop rate”yang tinggi dan juga pelbagai ganjaran yang boleh didapati, katakan selamat tinggal kepada “gacha anxiety”! Selain itu, pemain-pemain Dragon Raja yang daftar untuk main Dragon Raja: ReRise boleh hubungkan akaun Dragon Raja mereka untuk dapatkan ganjaran eksklusif buat pemain-pemain veteran!
- Iklan -
500,000 Pra-Daftar Tercapai! iPad Air 7, NS2 Dan Pelbagai Hadiah Lain Menanti Anda!
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih buat para pemain yang memberikan perhatian dan sokongan terhadap Dragon Raja: ReRise! Bilangan pra-daftar untuk permainan ini merupakan rekod baru, dan ganjaran-ganjaran pra-daftar telahpun diberikan kepada semua permainan pada pelancaran permainan ini. Facebook fan page rasmi permainan ini juga sedang menjalankan acara giveaway, hanya log masuk untuk berpeluang mendapatkan iPad Air 7, NS2 dan hadiah-hadiah lain. Ikuti Facebook fan page rasmi untuk sertai pelbagai acara dan menang pelbagai hadiah. Banyak lagi acara-acara menarik bakal datang!
Muat turn: https://drc-sea.onelink.me/t2FS/dj9lf441
Facebook: https://www.facebook.com/dragonrajareriseofficial
Website: https://dragonrajaReRise.archosaur.com
Discord: https://discord.gg/wy2CkeDjgK
YouTube: https://www.youtube.com/@DragonRajaReRiseSEA
TikTok: https://www.tiktok.com/@dragonrajarerisesea
Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Dragon Raja:ReRise

