fbpx

Projek Emulator PC – Zelda: Breath of the Wild Mendapat Sumbangan Lebih Dari RM100,000

Apabila permainan video yang baik mendapat status eksklusif, maka ramai peminat inginkan permainan tersebut berada diplatform lain, khususnya platform PC. Sebuah pasukan tanpa organisasi  CEMU yang pernah mencipta sebuah emulator Wii U ingin mencapai impian mereka untuk membawa permainan video terkenal Zelda: Breath of the Wild kepada platform PC.

Sebagai permulaan, mereka membuka kepada umum untuk membuat “crowdfunding” dengan menerima sumbangan dari orang ramai. Namun ianya tidak mendapat perhatian sehinggalah ramai media termasuk GameRant membuat liputan mengenai projek ini yang kini mereka telahpun memperoleh sebanyak $24,000 (~RM106,212) hanya didalam masa sebulan sahaja melalui program Patreon.

Setakat ini mereka telahpun didalam proses pembinaan pada paras [Cemu 1.7.4 PREVIEW] seperti video dibawah.

Mengikut dari video, ianya tidaklah begitu teruk sekali, selain dari kualiti framerate yang agak lembab atas sebab projeknya yang masih lagi didalam tahap previu.

Projek ini dibina diatas platform emulator CEMU itu sendiri, iaitu Wii U kepada PC. Namun kita semua tahu bahawa Nintendo amat sensitif khususnya isu kepada hakcipta mereka kepada umum, dan berkemungkinan akan memberi impak kepada projek ini nanti.

Nota: Kami krew GamerMalaya tidak sama sekali menyokong sebarang gerakan atau industri cetak rompak. Hormatilah krew studio pemaju dengan membeli produk tulen. 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -