Pada 27 November 2025, permainan Magicpunk MMO Action RPG Crystal of Atlan menyambut 6 bulan (“Half-Anniversary”) sejak pelancaran, dan kemaskini baharu kini tersedia! Kemaskini ini membawakan empat ciri baharu: ganjaran anniversary, Class baharu “Glaciette,” Acara bonus di TikTok dan previu acara Krismas—satu bulan yang penuh kejutan!
Ganjaran Perayaan 6 Bulan kini tiba—mari turut serta sambutan ini
Crystal of Atlan telah dilancarkan sejak enam bulan lalu. Terima kasih kepada anda semua! Sejak pelancaran, stail Magicpunk unik yang terdapat pada Crystal of Atlan bersama-sama pengalaman gerak-geri yang bebas dan pengalaman pertarungan yang menakjubkan berjaya memukau ramai pemain.

Sebagai tanda terima kasih, kami telah hantar item-item Half-Anniversary ini melalui sistem surat dalam-permainan: Emote terhad Joyful Beats dan avatar frame eksklusif Spectacular Drumroll.
Tambahan pula, pasukan rasmi juga telah memberikan ganjaran besar kepada semua pemain untuk meraikan Half-Anniversary ini.
Pad 27 November sehingga 3 Disember, log masuk dan masukkan kod eksklusif Half-Anniversary untuk dapatkan Arcanite of Adore x5 percuma!
Class Baharu, Glaciette, Melangkah Masuk, Kuasai Medan Pertempuran Dengan Ais Dan Salju
Bermula hari ini sehingga 8 Januari 2026, class popular Glaciette dan acara-acara bertemakannya kini tersedia. Class ini mempunyai skill-skill unik yang melibatkan kuasa ais. Anda boleh dapatkan sumber-sumber perkembangan dan juga buff melalui Check-In, Battle, Bingo Shop dan banyak lagi, membolehkan anda untuk terus cuba menggunakan kuasa aisnya.

Preview Acara Krismas—Sambutan Salju Bakal Tiba
- Iklan -
Acara Krismas bakal bermula pada 18 Disember. Snowbrush Shop dan Christmas Limited Pool bakal tersedia, menawarkan weapon skins S-Grade dan beberapa pakaian Krismas.
Tambahan pula, Reindeer mount (dua tempat duduk) dan Corgi mount bakal tiba dalam acara Christmas Mount Summon untuk masa terhad! Set Yeti dan transformation badge juga boleh dibeli menerusi bundle.

Program TikTok Gaming Incentive Kini Tersedia—Tonton Dan Dapatkan Ganjaran!
Crystal of Atlan X TikTok—ganjaran eksklusif kini tiba! Bermula 27 November hingga 17 Disember, para pencipta konten yang mengepos video pendek mengenai kemaskini ini dengan hashtag #CrystalofAtlan #CoA #glaciette boleh memenangi sebahagian daripada prize pool sebanyak $4,000!
Dari 27 November ke 17 Disember, tonton dan berinteraksi dengan mana-mana livestream Crystal of Atlan di TikTok untuk dapatkan Bound Gold, Prismadium dan banyak lagi ganjaran!

Tentang Crystal Of Atlan
Di dunia “Magicpunk” ini, para pemain bakal sertai pengembaraan yang epik di mana kuasa magik dan teknologi berjalin. Sebagai pengembara (Adventures) para pemain bakal mengorek pelbagai rahsia kuno yang terdapat pada runtuhan-runtuhan Atlan dan bertarung dengan puak-puak berkuasa untuk kembalikan keamanan ke dunia Atlan dan mencari kebenaran yang terselubung disebalik sejarah lama. Sebagai permainan MMO Action RPG yang memfokuskan multi-pemain, Crystal Of Atlan menengahkan elemen tatamain kerjasama multipemain dan juga interaksi sosial. Pada terasnya, permainin ini memberikan pengalaman pertarungan yang pantas lagi mendebarkan menerusi co-op dungeon yang cukup menarik untuk menjemput pemain semua berganding bahu dan tempuhi cabaran bersama-sama.
Ciri-ciri Utama:
- Pelbagai “Classes”, Tiada Gacha Untuk Watak-Watak: Nikmati kesemua class secara percuma, setiap satu mempunyai lebih 20 skills unik membuka peluang untuk penyesuaian dan kombo-kombo menakjubkan. Class baharu dan pertambahan bakal datang pada masa akan datang.
- Potensi Kombo Tak Terhingga: Sistem pertarungan yang penuh style dan lancar, kaitkan sehingga 12 skill, gabungkan 8 skill teras dan 2 penamat serta serangan-serangan biasa.
- Pertarungan 3D: Alami sudut-sudut dinamik, kombo-kombo di udara, dan aksi tangkas menerusi sistem pertarungan XYZ-axis.
- Masuk “Dungeon” Berpasukan: Kerjasama bersama rakan pemain lain dalam misi penceritaan, Void Realm dan juga pertarungan HexChess skala besar yang memerlukan 8 pemain yang mana koordinasi dan strategi adalah kunci bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menanti.
- Persaingan PvP Yang Adil: Uji kemampuan anda dalam mod-mod 1v1 dan 3v3 di mana skill, bukan statistik, tentukan siapa pemenang.
Kiriman ini dibawakan kepada anda oleh Crystal Of Atlan.

