fbpx

Sony PlayStation VR Mungkin Lebih Murah Dari Yang Disangka

Berita baik buat pemain virtual maya (VR), yang dimana sebelum ini penuh dengan berita buruk dan mengejutkan kepada peminat semua. Ini adalah kerana banyak informasi khususnya harga PlayStation VR telah tertiris didalam internet dengan harga sehingga RM3,500 oleh Amazon dan penjual-penjual dalam talian di Sweeden.

Namun kali ini, mengikut sumber dari PS4Daily.com oleh orang dalam yang telah mendapat beberapa informasi dari wakil Sony, mereka berkemungkinan akan menjual PlayStation VR pada harga yang lebih rendah dari yang disangka. Harga permulaan dari USD$299 (RM1,300) dan USD$429 (RM1,800) untuk set penuh bersama alat kawalan PlayStation Move dan kamera PlayStation 4.

Jikalau harga yang diperkatakan diatas adalah betul, ianya sekaligus akan memberi impak yang amat serius kepada pesaing dekatnya, Oculus Rift yang kini dijual pada harga USD$599 (RM2,500). Berkemungkinan Sony akan mengumumkan harga peranti VR ini secara rasmi selewat-lewatnya pada E3 tahun ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -