fbpx

Tiada Aksesori Tambahan Diperlukan Untuk PlayStation VR: Sony

Seperti yang kita tahu, tahun ini adalah amat penting bagi Sony untuk memfokuskan kepada projek PlayStation VR mereka. Namun atas kekurangan info dan maklumat tentang gajet ini, ramai masih tertanya tentang harga yang akan dijual dan juga aksesori yang diperlukan untuk pengalaman bersama VR.

Pengarah PlayStation Magic Lab, Richard Marks telah menyatakan beberapa maklumat penting tentang VR semasa ucapan beliau di acara Vision Summit 2016. “Semua pemilik konsol PlayStation 4 sudah pun sedia untuk VR”, kata beliau yang dimana tiada aksesori tambahan perlu dibeli terlebih dahulu untuk pemain PS4.

Ini bermakna pemain tidak perlu mengeluarkan bajet / kos yang besar untuk memilik VR (Dimana Ura-ura dijual dengan harga yang agak rendah) namun masih banyak persoalan yang tertanya buat umum. Ini adalah kerana Oculus Rift dan HTC Vive menggunakan unit aksesori tambahan untuk mengesan pergerakan pemain dengan lebih tepat.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -