Selepas mengeluarkan video teaser lepas, kini banyak spekulasi telah dikeluarkan, seperti nama siri terbaru untuk Need For Speed adalah “Reboot”.
Namun berita berkaitan game perlumbaan ini masih tidak pudar, kerana Pengarah bahagian Teknikal untuk Frostbite Engine menyatakan bahawa ianya akan menggunakan teknologi enjin yang sama dengan Star Wars: Battlefront dan juga Dragon Age: Inquisition.
Our next @NeedForSpeed by @GhostGamesEA running on the same version of @FrostbiteEngine as Battlefront! https://t.co/u1BIeB6d9S
— Johan Andersson (@repi) May 21, 2015
Salah satu lagi spekulasi adalah bahawa siri NFS baharu ini adalah dikira sebagai Underground 3, sebuah sekuel siri klasik yang dikatakan salah satu siri yang terbaik dari francais Need For Speed ini. Namun berkemungkinan besar ianya tidak akan menjadi sekuel baru kerana Twitter rasmi telah menyatakannya seperti dibawah:
@NormanJay3 it’s not Underground 3 as such, but does share a lot of the stuff that made that game great. This is just #NFS
— Need for Speed (@NeedforSpeed) May 22, 2015
Sumber: vg247.com

