Electronic Arts (EA) baru sahaja mengeluarkan video teaser terbaru mereka untuk game siri perlumbaan yang terkenal, Need for Speed.
Berdasarkan video, ianya berdasarkan seseorang merakamkan perlumbaan jalanan di tengah bandar dengan polis berkejaran. Dengan konsep ini berkemungkinan ianya akan memberikan sebuah siri Need For Speed yang seakan-akan Underground 2, salah satu tajuk yang epik untuk siri game ini.
Mengikut kepada pihak EA, trailer gameplay akan dipaparkan pada 15hb Jun ini melalui akaun Youtube mereka. Siri game perlumbaan terbaru ini akan dikeluarkan untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.
Tambahnya lagi, EA menyatakan bahawa game ini akan lebih memfokuskan kepada modifikasi kepada kereta, konsep open world dan latar suara yang interaktif.
Dengan sambutan #NFS20 yang menandakan ulang-tahun ke-20 untuk siri Need For Speed, ramai peminat meramalkan bahawa NFS kali ini adalah yang terbaik.

