fbpx

Jualan Game di China Akan Melebihi US

Percaya atau tidak, statistik jualan game di China akan melebihi US pada masa terdekat.

Berdasarkan daripada NewZoo, sebuah firma penyelidikan untuk industri game dimana menyatakan bahawa jualan game diseluruh dunia akan mencapai USD$113.3 Billion pada tahun 2018. Dimana ianya adalah peningkatan sebanya 7.9% dari tahun 2014.

Apa yang menariknya, berdasarkan dari laporan tersebut, US dan China akan mewakili setengah daripada ramalan jualan 2018 itu. Jualan game untuk negara China akan mencapai sebanyak USD$32.8 Billion dimana akan melebihi US yang dijangkakan jualan pada USD$24.1 Billion.

Sebab utama perbezaan yang besar ini adalah kerana peningkatan jualan game secara digital dan muat turun ke peranti telefon. Pada tahun ini sahaja, jualan digital sudah mencapai 97 peratus untuk pasaran China manakala hanya 72 peratus untuk US.

china-to-soon-overtake-us-in-game-revenues-newzoo-143197745568

Newzoo juga menyatakan mahupun jualan digital dan muat turun ke peranti telefon amat mengagumkan, PC masih lagi dominan didalam statistik jualan yang tinggi. Ramalannya menyatakan bahawa pada tahun 2018, jualan untuk platform PC akan meningkat kepada USD$41.2Billion dimana 36% jualan daripada jumlah kesuluruhan.

Menariknya, walaupun jualan konsol amat agresif buat masa kini, ianya berkemungkinan akan menurun dari segi pegangan daripada peratus pasaran pada tahun 2018. Ianya berkemungkinan akan lebih kurang dari suku dari kesemua peratus jualan 2018 nanti.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -